question
stringlengths
36
176
answer
stringlengths
14
157
Lepaeh eksiden dia jalan ringkat. terjemah ke standard malay
Selepas mengalami kemalangan jalan raya dia berjalan tempang.
Pukoi berapa orang nak simpan mayat tu? terjemah ke standard melayu
Pukul berapa hendak dikebumikan jenazah itu?
La ni orang tak guna dah wing nak perah tebu, orang guna mesen tebu. terjemah ke standard malay
Zaman sekarang orang tidak lagi menggunakan wing untuk memerah tebu, tetapi menggunakan mesin tebu.
Kreja malaeh, asyek dok geret duet pesaka tu saja. terjemah ke melayu baku
Dia malas bekerja hanya asyik menghabiskan wang pusaka itu sahaja.
Sapa awaeh gulai ni, rasa dia sedap sunggoh. terjemah ke melayu baku
Siapa yang mengagihkan dan mencampurkan ramuan-ramuan gulai ini, rasanya sungguh sedap.
Banyak batu keraeh tang tu, kalu nak buat lubang, kenala guna dajai. terjemah ke standard malay
Banyak batu keras di situ, kalau hendak menggali lubang, mestilah menggunakan dajai.
Habeh licon nasik tu depa makan pasai dah dua ari tak makan. terjemah ke standard malay
Habis langsung nasi itu dimakan oleh mereka kerana sudah dua hari tidak makan.
Hang kena kerat padi nirai hak kiri dulu baru nirai hak laen. terjemah ke standard malay
Engkau kena memotong padi barisan yang kiri dahulu, baharu barisan yang lain.
Bakak dok perap kat pak dia nak gerek baru. terjemah ke melayu baku
Bakar sedang merengek kepada bapanya hendakkan basikal baru.
Pak aji tu tidoq tak buang berot, pasai duet dia ada dalam tu. terjemah ke melayu baku
Pak aji itu tidur dengan tidak menanggalkan berutnya yang berisi wang itu.
Terok-terok lagu tu pon dia nak pi no? terjemah ke melayu baku
Meskipun seteruk itu dia hendak pergi juga ya?
Dia tu bandok sunggoh, nak dengaq sora dia pon susah. terjemah ke melayu baku
Dia itu pemalu sungguh, sehingga sukar hendak didengar suaranya.
Orang tua tu tau kita ada tang ni dia dok derin tu. terjemah ke standard malay
Orang tua itu mengetahui bahawa kita berada di sini, sebab itulah dia pun berdehem.
Lampen tu basah lempam, pasai anak dia kencin banyak. terjemah ke melayu baku
Lampin itu basah sangat kerana anaknya banyak kencing.
Mokalu hang tak reti, hang dok sengap sudah la, jangan la nak periat pulak. terjemah ke standard malay
Kalau kamu tidak tahu, diam sajalah, jangan cuba meneka.
Samad pangge orang surau ke rumah dia malam isok pasai nak buat kulhu kat arwah ayah dia. terjemah ke melayu baku
Samad menjemput jemaah dari surau hadir ke rumahnya pada malam esok kerana kenduri arwah untuk ayahnya akan diadakan.
Kalu ujan tak turon, ayaq tak dak, nak mengaleh pon tak buleh. terjemah ke standard malay
Kalau hujan tidak turun, air tiada, kerja mengalih pun tidak boleh dilakukan.
Dia pi nak kutep utang orang tak bayaq dia balek hau saja. terjemah ke melayu baku
Dia pergi mengutip hutang tetapi tidak berhasil lalu pulang dengan kecewa.
Awat hang ni rosyom saja, sye hang jatoh ka. terjemah ke standard malay
Mengapa engkau bermuka masam hari ini, saham engkau jatuhkah.
Dia tu kalu buat kreja cemerekap, pasai itula orang tak bagi kreja kat dia. terjemah ke melayu baku
Dia tidak cermat membuat kerja, sebab itulah orang tidak memberi kerja kepadanya.
Bujang tu nampak melecaeh sangat, tak kera jantan mana, dia nak impet. terjemah ke melayu baku
Janda itu kelihatan amat galak, semua lelaki hendak didekatinya.
Awat hang serengiang budak tu, apa salah dia. terjemah ke melayu baku
Mengapa engkau tengking budak itu, apakah salah dia.
Lantai rumah tu mengembat, pasai buboh galang geta jarang-jarang. terjemah ke standard malay
Lantai rumah itu mengembat kerana galang getanya dipasang jarak-jarak.
Kita kena meluh bendang kita dulu baru kita sisiaq. terjemah ke standard malay
Kita mesti membajak kali pertama dulu sebelum boleh melakukan proses menyisir sawah.
Dia ni camca, suka menyebok kreja orang. terjemah ke melayu baku
Dia pengacau, suka mengganggu urusan orang.
Bakaq dok memerap kat pak dia nak gerek baru. terjemah ke melayu baku
Bakar sedang merengek kepada bapanya hendakkan basikal baru.
Dia dok sebok balan orang saja, pasai tula semua hak dia buat tak menjadi. terjemah ke standard melayu
Dia sibuk menghalang peluang orang, sebab itulah semua yang dibuatnya tidak sempurna.
Jalan kat kampong tu cengkerewang sunggoh, pasai tula kreta susah nak lalu. terjemah ke melayu baku
Jalan di kampung itu tinggi rendah, sebab itulah kereta susah hendak lalu.
Badan depa adek-beradek lekeh saja macam kambin hak depa bela jugak. terjemah ke melayu baku
Semua badan adik-beradiknya kurus seperti kambing yang dipelihara oleh mereka.
Hang kena rajen pederaeh selalu, baru hang lancaq baca quran tu. terjemah ke standard melayu
Engkau mesti rajin mengulang bacaannya selalu, barulah lancar membaca al-Quran.
Dah besaq panjang lagu tu pon asyek dok yoya sana sini, haram nak tulong mak pak. terjemah ke standard melayu
Sudah dewasa pun masih lagi berpeleseran ke sana ke mari, malas hendak menolong ibu bapa.
Amboi bila dia besiap, mengembak satu bilek. terjemah ke melayu baku
Amboi, bila dia memasang badan, seluruh bilik berbau semerbak.
Tenggak kita nak makan dia pon mai. terjemah ke standard melayu
Ketika kita hendak makan dia pun sampai.
Dia tendang tak masok gol, pasai dia sepak merewang. terjemah ke melayu baku
Tendangannya tidak masuk gol, kerana sepakannya melencong.
Kita tak payah bawak bekai, makanan jenoh kat sana. terjemah ke standard malay
Kita tidak perlu membawa bekalan kerana makanan banyak di sana.
Siapla dahdah sebelom depa mai. terjemah ke standard malay
Bersiaplah dahulu sebelum mereka datang.
Hang kena banah betoi-betoi masa hang nak tembak. terjemah ke melayu baku
Kamu mesti tenang betul-betul semasa hendak menembak.
Awat hang tojoh budak tu, nanti luka hang juga susah. terjemah ke standard malay
Mengapa engkau cucuk budak itu, kalau dia luka engkau juga yang susah.
Merah telinga dia bila kena perelai kawan-kawan, pasai dia takot bini. terjemah ke standard melayu
Telinganya menjadi merah kerana diperli dek teman-temannya tentang dia takutkan isteri.
Kedah besa beperang dengan orang Awak zaman dulu. terjemah ke standard melayu
Kedah pernah berperang dengan orang-orang Burma pada zaman dahulu.
Awat dok lepok ataeh lantai, mai dok ataeh kerusi. terjemah ke melayu baku
Mengapa engkau duduk di atas lantai, marilah duduk atas kerusi.
Kawaq hak kena tembak kaki tu lari cenggeng-cenggeng masok dalam utan. terjemah ke standard malay
Pencuri yang ditembak itu lari terjengket-jengket masuk ke dalam hutan.
Nak makan nasik malam ni, laok dedak-sredak pon tak dak. terjemah ke standard malay
Tidak ada saki-baki lauk pun untuk dimakan bersama-sama dengan nasi malam ini.
Daging ayam tua tu keraeh cedong pasai depa masak tak cukop lama. terjemah ke standard malay
Daging ayam tua itu keras dan liat kerana mereka memasaknya tidak lama.
Dia senang panjat pokok nyoq tu pasai ada takah. terjemah ke standard melayu
Dia senang memanjat pokok kelapa itu kerana ada takah pada batangnya.
Dia tu mandok sunggoh, nak dengaq sora dia pon susah. terjemah ke standard malay
Dia itu pemalu sungguh, sehingga sukar hendak didengar suaranya.
Budak-budak tu hoqhaq sunggoh depan orang tua pon depa melawak bukan maen. terjemah ke standard melayu
Budak-budak itu kurang sopan sungguh depan orang tua pun mereka bergurau berlebih-lebihan.
Mak dok eron kaen cit tu nak buat gaon adek. terjemah ke standard melayu
Ibu sedang memotong serong kain cita untuk gaun adik.
Apa yang dia mau lagi, laki lawa, arta banyak, rumah tebeledoh. terjemah ke melayu baku
Apa yang dia mahu lagi, suami lawa, harta banyak, rumah pun tersergam.
Lagu mana pandai pun hang jangan dok betujal dengan orang tua. terjemah ke melayu baku
Walau bagaimana pintar sekalipun jangan kamu berbalah dengan orang tua.
Kalu nak maen sole hang kena pandai awai satu sampai tiga. terjemah ke standard melayu
Kalau hendak bermain sole, hendaklah pandai melakukan awal satu hingga tiga.
Mak dia pangge pon dia tak peduli, dia pi nyong jugak. terjemah ke standard melayu
Panggilan emaknya tidak dipeduli, dia terus pergi juga.
Mana kedai tu tak lingkop, masin-masin dok karau duet masok poket sendiri. terjemah ke standard melayu
Kedai itu bangkrap kerana masing-masing mengambil wangnya masuk ke saku sendiri.
Musem ujan lagu la ni, mai kita pi mengelau ikan ruan kat sungai. terjemah ke melayu baku
Musim hujan sekarang ini, mari kita mengelau ikan haruan di sungai.
Pasai lengoh sangat, dia santau kaki kanan dia kat ataeh bangku. terjemah ke standard melayu
Kerana terlalu lenguh, dia meletakkan kaki kanan ke atas kerusi.
Budak tu tanglak sunggoh, dia pi cium budak pompuan tu kat tengah orang ramai. terjemah ke standard melayu
Budak itu berbuat sumbang, dia mencium gadis itu di khalayak ramai.
Kak dok gelinte tepong pulot nak buat buah melaka. terjemah ke standard malay
Kakak sedang menggentel tepung pulut untuk dibuat buah melaka.
Badan kerebau tu penoh lanyau pasai dia baru lepaeh bekubang. terjemah ke melayu baku
Badan kerbau itu berlumuran lumpur selepas berkubang.
Habeh kaen baju dalam lemari tu kena geret tikuih. terjemah ke melayu baku
Habis musnah pakaian di dalam almari itu dikerumit tikus.
Getah memang meri bila ditarek-tarek. terjemah ke melayu baku
Getah memang meri apabila ditarik-tarik.
Kude hang tu dok bedenel, hang tak buboh ubatka? terjemah ke melayu baku
Kudis kamu sentiasa berair, tidakkah kamu bubuh ubat.
Nyoq tu kumboi besak dah, santan tak dapat banyak. terjemah ke standard melayu
Tumbung kelapa itu sudah besar, santannya tidak banyak diperoleh.
Budak-budak tu kena marah pasai maen cak cilut dalam bilek tidoq. terjemah ke standard malay
Budak-budak itu dimarahi kerana bermain sembunyi-sembunyi di dalam bilik tidur.
Macam mana budak tu tak saket perot pengasoh dia bagi dia susu bakiaq. terjemah ke melayu baku
Budak itu sakit perut, kerana pengasuhnya memberikannya susu yang sudah basi.
Dah lama dia tu dok gebel yang behormat, tentu ada hak dia nak minta tulong. terjemah ke melayu baku
Sudah lama dia berjinak-jinak dengan yang berhormat itu. Tentu ada sesuatu yang dihajatinya.
Menangkap sunggoh ikan dalam petak tu, jom kita balek ambek bok kael. terjemah ke standard melayu
Ikan-ikan dalam sawah itu galak melompat. Ayuh kita pulang mengambil kail.
Hang tak belajaq, patot dapat nombo sut-sut dalam kelaih. terjemah ke melayu baku
Awak tak belajar, patut dapat nombor akhir dalam kelas.
Hang kena dengaq dulu, lepaeh tu hang nak tik, tik la. terjemah ke melayu baku
Engkau kena dengar dahulu, kemudian jika engkau nak kritik, kritiklah.
Kalu tak dak pengadang jangan masok gua tu. terjemah ke standard malay
Kalau tidak ada pengadang, janganlah masuk ke dalam gua itu.
Het-het tu depa tak bertegoq sapa lagi. terjemah ke standard melayu
Semenjak itulah mereka tidak lagi bertegur-sapa.
Mana aku nak pi gerengau duet banyak tu? terjemah ke standard malay
Di mana aku hendak mendapatkan wang yang sebanyak itu?
Orang dok cerita pasai agama, tut-tut dia kona tang laen. terjemah ke melayu baku
Kita sedang berbincang pasal agama, tiba-tiba dia menyeleweng cerita lain.
Dia gelinte bola tu lepaeh tiga orang, tapi bola tendang tak masok. terjemah ke melayu baku
Dia menggelecek bola itu melepasi tiga orang tetapi tendangannya tidak masuk gol.
Bila nampak tuan kebon tu mai, budak-budak hak dok curi buah jambu tu pun lari bercabu. terjemah ke melayu baku
Apabila nampak tuan kebun itu datang, budak-budak yang sedang mencuri buah jambu itu pun cabut lari.
Hang ni baloq liat sunggoh, pagi petang dok nak tidoq saja. terjemah ke standard melayu
Kamu ini pemalas sungguh, pagi petang asyik tidur saja.
Budak ni daoh sunggoh, kera duet pun tak reti. terjemah ke melayu baku
Budak ini bodoh sungguh, mengira wang pun tidak tahu.
Dia ada kasot tu saja, pasai tu dia latu sampai tapak kasot dia hauih. terjemah ke standard malay
Dia selalu memakai kasutnya yang sepasang itu sehingga tapaknya haus.
Bila angkat bubu satni kita belah daing semua ikan kita siap-siap. terjemah ke standard melayu
Apabila ikan diangkat dari bubu, kita belah belakang kesemuanya dengan segera.
Kaen baju dalam biru habeh kena gerit tikuih. terjemah ke standard malay
Pakaian di dalam almari itu habis digigit tikus.
Mak dia dok kelibaq kaen gebaq adek kat tepi kelambu. terjemah ke standard melayu
Emaknya sedang mengibaskan kain selimut adik di tepi kelambu.
Orang kampong dok sibok pasai depa dok jumpa tenggelong tiap malam. terjemah ke melayu baku
Orang kampung sibuk kerana mereka selalu berjumpa dengan hantu penanggal setiap malam.
Ni pi mana semalam. terjemah ke melayu baku
Engkau pergi ke mana semalam?
Orang tak dak kat rumah kot, kita pangge depa tak menyaut pon. terjemah ke standard malay
Mungkin tiada orang di rumah, sebab itulah panggilan kita tidak disahut.
Kalu musim buah, bekenjah buah moktan, buah derian, buah langsat kat pekan nat. terjemah ke standard malay
Apabila musim buah, banyak buah rambutan, durian, langsat dan lain-lain di pekan sehari.
Kue kat tempat kenuri tu redak pasai semua hak mai bawak kue. terjemah ke standard malay
Kuih di tempat kenduri itu berlebihan kerana semua orang yang datang membawa kuih masing-masing.
Dia kata apa pon kat hang tok sah dok kera, dia tu rempang siket. terjemah ke melayu baku
Walau apapun yang dikatakan kepada kamu, janganlah dipedulikan kerana dia itu gila-gila bahasa sedikit.
Bisoi kat betaeh dia bengkak merinin, dah nak pecah. terjemah ke standard melayu
Bisul dibetisnya sudah sangat bengkak dan hampir pecah.
Dah lama dia dok merekam kat budak tu pasai perangai dia tu tak senonoh sangat. terjemah ke standard melayu
Sudah lama dia memendam rasa marah kepada budak itu kerana perangainya yang sangat tidak sopan.
Kawaq tu ceninin masok utan bila orang-orang kampong ligan dia. terjemah ke standard melayu
Pencuri itu lari dengan selaju-lajunya masuk ke hutan apabila dikejar oleh orang-orang kampung.
Aku baru dok membeloh hang memalek dah. terjemah ke standard melayu
Aku baru menenggala, awak sudah pun membalik, tanah.
Budak tu teriak pasai nak mam. terjemah ke standard malay
Budak itu menangis kerana hendak menyusu.
Kak aku kawen taon lepaih berembat-rembat dengan sepupu aku. terjemah ke standard melayu
Kakak aku kahwin tahun lepas berturut-turut dengan sepupu aku.
Tua merega tu, elok dok ataeh tikaq semayang saja. terjemah ke standard melayu
Orang setua itu sepatutnya beramal ibadat saja.
Ada dia entang adek-beradek laki dia mai? terjemah ke standard malay
Adakah dia peduli saudara mara suaminya datang?
Zaman taon empat puluhan dulu, pompuan hak rambot karan depa kata moden sangat. terjemah ke standard melayu
Pada zaman tahun empat puluhan dahulu, kaum wanita yang mengkerintingkan rambut, dianggap terlalu moden.
Depa guna parang nak kerat lerang biaq nyoq tu lepaeh dari tandan dia. terjemah ke melayu baku
Mereka menggunakan parang untuk memotong lerang supaya kelapa itu bercerai daripada tandannya.
Aku damuih bila tengok bisoi dia pecah. terjemah ke standard malay
Aku berasa jijik apabila melihat bisulnya pecah.
Jangan biaq lama sangat adek dalam celong tu, nanti lengoh. terjemah ke standard malay
Jangan dibiarkan adik terlalu lama di dalam celung itu, nanti dia keletihan.
Terok mak depa nak simpan, bilek depa bekabong sedia. terjemah ke standard malay
Teruklah emak mereka mengemaskan bilik yang bersepah-sepah barangnya itu.
Lepaeh isap candu dua culin, dia tidoq sampai siang. terjemah ke melayu baku
Selepas menghisap candu dua culin, dia pun tertidur sampai siang.