question
stringlengths 36
176
| answer
stringlengths 14
157
|
---|---|
Kaki budak tembon tu dreluih pasai lantai hak dia pijak tu reput.
terjemah ke standard melayu | Kaki budak yang gemuk itu bolos sebab lantai yang dipijak itu reput. |
Masa depa dok rebot bola tu, dia daeh kaki penyerang tu sampai jatoh tesungkoq.
terjemah ke standard malay | Semasa perebutan bola, dia telah membentes penyerang itu sehingga tersungkur. |
Budak tu dok kerobek telinga dia.
terjemah ke standard melayu | Budak itu sedang mengorek telinganya. |
Hang toksahla pi dok jadi bahari hiboq hati orang, pi la hiboq hati anak bini hang bagi cukop makan pakai depa.
terjemah ke melayu baku | Tidak usahlah awak menjadi pelawak menghiburkan hati orang, pergilah hiburkan hati anak isteri awak, supaya cukup makan pakai mereka. |
Ujong-ujong bulan macam ni mana aku nak pi kerobek duet.
terjemah ke melayu baku | Pada hujung bulan begini di manalah aku hendak mendapat wang. |
Aku tengok hang ni rudui saja, hang tak cukop tidoq ka.
terjemah ke standard melayu | Aku lihat engkau ini mengantuk sahaja, engkau tidak cukup tidurkah. |
Depa menyorok pulot kukuih dengan tamban kiat bila nak pi bendang.
terjemah ke melayu baku | Mereka berkudapan pulut kukus dengan ikan tamban kering goreng sebelum turun ke sawah. |
Moktan hak tepi pagaq tu habeh depa lugaeh.
terjemah ke standard malay | Rambutan di tepi pagar itu habis dipetik orang. |
Pegang cerok kuat-kuat jangan bagi susu tumpah.
terjemah ke melayu baku | Pegang bekas susu itu dengan cermat supaya susunya tidak tumpah. |
Tiap-tiap malam budak tu meruah kencin ataeh tilam.
terjemah ke standard malay | Setiap malam budak itu buang air kecil di tilam. |
Kalu tahan beram dekat bendang, anak udang pon dapat.
terjemah ke standard malay | Kalau dipasang beram berhampiran dengan sawah, anak-anak udang pun terperangkap sama-sama. |
Budak-budak ni lateh baca johama dulu, lepaeh tu baru baca Kuran.
terjemah ke melayu baku | Budak-budak ini perlu dilatih membaca muqaddam dahulu, kemudian barulah membaca al-Quran. |
Depa pakat aum habis buah derian kat pekan tu.
terjemah ke standard melayu | Mereka memborong semua buah durian yang dijual di pasar itu. |
Badai dulu tapak semai, lepaeh tu baru taboq padi benih.
terjemah ke melayu baku | Ratakan dahulu tapak semaian itu sebelum menabur benih padi. |
Depa dapat hareta pesaka sorang serelong lima puloh dapoq.
terjemah ke standard melayu | Mereka mendapat harta pesaka sebanyak satu relung lima puluh jemba setiap orang. |
Orang tua tu memang bebai, tak buleh silap sikit dia nak marah kat orang.
terjemah ke melayu baku | Orang tua itu memang panas baran, tidak boleh silap sedikit, terus dia marah. |
Aku melugai tengok perangai anak dara hak tak senonoh tu.
terjemah ke standard malay | Aku meluat melihat tingkah laku anak gadis yang tidak senonoh itu. |
Jangan dok mukat, dengan orang tu dia tu pongoh tak ketahuan halang.
terjemah ke melayu baku | Jangan mencari pasal dengan orang itu kerana dia perungus tidak bersebab. |
Hang pi mana? Aku tunggu hang berapa dora dah.
terjemah ke standard melayu | Awak pergi ke mana? Aku tunggu awak sudah lama. |
Depa dok kerat purus nak buat cucuk sate.
terjemah ke melayu baku | Mereka sedang mengerat lidi untuk dibuat cucuk sate. |
Ikan keli kat kolam tu nampak merenyut bila ayaq koi kerin.
terjemah ke standard melayu | Ikan keli di dalam apabila air dalam kolam itu makin susut. |
Tut-tut krebau jantan tu naek minyak, dia pon tebok tuan dia kena betoi tang tulang rusok.
terjemah ke standard melayu | Tiba-tiba kerbau jantan itu naik minyak lalu menanduk tuannya betul-betul kena tulang rusuk. |
Lepaeh sepa keluaq utan buloh tu, badan sepa rasa merenyau.
terjemah ke standard malay | Selepas kami keluar dari hutan buluh itu, badan kami terasa gatal. |
Orang jual obat tu pandai cong, kita hak tua pon buleh tebotoi, apa lagi hak muda.
terjemah ke melayu baku | Penjual ubat itu pandai kelentong, kita yang tua pun terpedaya, apa lagi yang muda. |
Kereta dia nahi-nahi masok paret kalu lori tu tak elak.
terjemah ke standard malay | Keretanya hampir-hampir jatuh ke dalam parit kalau lori tersebut tidak mengelak. |
Krebau hang masok dalam petak bendang aku, lonyiang bekaeh semai aku.
terjemah ke standard melayu | Kerbau engkau masuk di dalam petak sawah aku, lalu menyebabkan semaian aku rosak. |
Hang kena bayaq cara pukai, tak mau utang-utang.
terjemah ke melayu baku | Engkau mesti bayar secara tunai, tidak boleh berhutang. |
Budak tu betuboh sunggoh, tapi hampong.
terjemah ke melayu baku | Budak itu berbadan besar, tetapi ringan. |
Sepa tengok hang ni ropelah saja, tunggu keputusan pereksa.
terjemah ke melayu baku | Kami lihat kamu sentiasa gelisah semasa menunggu keputusan peperiksaan. |
Amboi, bila hang pakai kot tu betoi-betoi cengeh.
terjemah ke standard melayu | Amboi, sungguh hebat bila engkau memakai kot itu. |
Tak patot dia latu orang gaji dia lagu tu, siang malam suroh kreja.
terjemah ke melayu baku | Tidak sepatutnya dia memperkudakan pembantu rumahnya supaya bekerja siang dan malam seperti itu. |
Cuba hang makan kulet limau nipeh, amai selalu, lama-lama bau kesaq badan hang tu hilang.
terjemah ke standard melayu | Cuba engkau amalkan memakan kulit limau nipis, lama-kelamaan tentu bau tengik badan engkau itu hilang. |
Luka kena parang tu maken meliau pasai dia tak berobat.
terjemah ke standard melayu | Luka kerana terkena parang itu semakin membesar kerana tidak diubat. |
Kalu hang nak buat lubang hang kena guna cop, baru senang.
terjemah ke standard melayu | Kalau kamu hendak menggali lubang, lebih mudah menggunakan penggali. |
Budak ni tak buleh dengaq lagu sedap sikit teruih dia begencok.
terjemah ke standard malay | Apabila budak itu mendengar lagu yang sedap sedikit, terus dia menari. |
Dalam taon wok ujan memanjang masa ujong taon, tapi tak lebat, tiruih macam ekoq kera.
terjemah ke standard melayu | Pada tahun kera, hujan memanjang tidak berhenti-henti pada hujung tahun, tetapi tidaklah lebat, cuma tirus seperti ekor kera. sahaja. |
Pak dia kandak ayak telaga jalan tekendik-kendik.
terjemah ke melayu baku | Ayahnya terhenjut-henjut mengandar air telaga itu. |
Banyak ikan puyu dengan ruan menyorok kat yoi tu.
terjemah ke standard melayu | Banyak ikan puyu dan haruan yang bersembunyi di dalam lumpur itu. |
Orang hak dok makan arak tu, perut dia heboi.
terjemah ke melayu baku | Perut orang yang selalu minum arak itu kelihatan buncit. |
Pasai dah tak dak benda laen, dia pekop makanan tu dengan periok.
terjemah ke standard melayu | Oleh sebab tidak ada benda lain, dia menudung makanan itu dengan periuk. |
Tangan dia lekaq sunggoh, tiap-tiap kali taok gunung masok petak.
terjemah ke standard melayu | Dia begitu handal, setiap kali melontar, gundunya memasuki ruang petak. |
Depa kelahi laki bini, habeh lingkop pahna pinggan mangkok.
terjemah ke melayu baku | Habis punah pinggan mangkuk kerana mereka berkelahi suami isteri. |
Lama dah aku tak tengok muka hang, hang pi bangsat kat mana?
terjemah ke melayu baku | Sudah lama aku tidak berjumpa dengan kamu, kamu pergi mengembara ke mana? |
Pasai sejok sangat, dia tembap badan dia kat badan mak dia.
terjemah ke standard melayu | Oleh sebab kesejukan, dia merapatkan badannya ke badan emaknya. |
Lantakla, depa nak buat apa pon, bukan duet kupang kita.
terjemah ke standard melayu | Biarkan apa yang hendak dibuat oleh mereka kerana bukan wang ringgit kita. |
La ni hang dok tang mana?
terjemah ke standard melayu | Sekarang ini engkau tinggal di mana? |
Aku tak berani hampiaq bila tengok muka dia ben macam tu.
terjemah ke standard melayu | Aku tidak berani menghampirinya bila melihat mukanya masam begitu. |
Padi dalam bakoi tu tak penoh, takat beraeh rendang dia saja.
terjemah ke standard melayu | Padi di dalam bakul itu tidak penuh, tetapi setakat beras rendang sahaja. |
Kereta tu tak buleh laju pasai jalan tang tu bergelehok kat sana sini.
terjemah ke melayu baku | Kereta itu tidak boleh laju kerana jalan di situ berlopak-lopak di sana sini. |
Majelih tu bagi orang-orang tetentu saja, tapi dia menyerama masok nak besalam dengan menteri.
terjemah ke melayu baku | Majlis itu hanya khas untuk orang-orang tertentu saja, tetapi dia mengambil peluang masuk untuk bersalam dengan menteri. |
Pi cepat karau wau tu, ari dah nak ujan.
terjemah ke melayu baku | Pergi segera tarik tali wau itu kerana hari hendak hujan. |
Bila ajak dia maen bola, saheh dia nak jadi goli.
terjemah ke melayu baku | Apabila diajak bermain bola sepak, tentu dia hendak menjadi penjaga gol. |
Orang muda-muda elok jadi mentara, depa kuat berulang-alek dari tempat beridang ke balai.
terjemah ke melayu baku | Orang mudalah yang elok jadi pelayan, kerana mereka cergas untuk berulang alik dari tempat berhidang makanan ke balai. |
Budak-budak tu guna relang rotan masa depa besenam hula hop.
terjemah ke standard malay | Budak-budak itu menggunakan gelung rotan semasa mereka bersenam hula hup. |
Nyamok bedehau bawah dapoq.
terjemah ke standard malay | Nyamuk banyak berterbangan di bawah dapur. |
Buboh bagi kat dia, bagi dia sedaq diri sikit.
terjemah ke melayu baku | Belasah dia supaya dia sedar akan dirinya. |
Tiap petang dia dok kendoq lembu dia kat tepi bendang.
terjemah ke standard melayu | Setiap petang dia memberi lembunya meragut rumput di tepi sawah. |
Belaga kali ni takat empat ayaq cukopla, ayam aku mudah leteh.
terjemah ke melayu baku | Tempoh bagi perlagaan ayam kita kali ini cukup setakat empat air sahaja kerana ayam aku mudah letih. |
Kerebau tu mencalai pasai kena ketubong dengan tebuan.
terjemah ke standard melayu | Kerbau tu berlari ke sana ke mari sebab dihurung dan disengat tebuan. |
Budak-budak mai merasak kat padang pasai tengok pesta medeka.
terjemah ke melayu baku | Budak-budak penuh sesak di padang kerana hendak melihat pesta merdeka itu. |
Buat apa hang biaq buah sawa tu sampai lebui kat pokok.
terjemah ke standard melayu | Mengapa engkau membiarkan buah ciku itu sehingga terlalu ranum di pokok. |
Dia tu uzoq, jalan tehempot-hempot. Rajen jugak pi masjed.
terjemah ke melayu baku | Dia uzur, terpaksa berjalan dengan terketar-ketar, namun dia rajin juga ke masjid. |
Tiap-tiap malam budak tu meruah ataeh tilam.
terjemah ke standard melayu | Setiap malam budak itu buang air kecil di tilam. |
Hang jangan dok pecaya kat dia, dia tu auta manjang.
terjemah ke standard malay | Engkau jangan percaya dengan dia, dia tu selalu bercakap bohong. |
Dia kerunaeh kerupin kude dia itu sampai bedarah.
terjemah ke melayu baku | Dia mengopek keruping kudisnya itu sehingga berdarah. |
Kalu kaen koman, sekali basoh dengan mesen genjoqla dia.
terjemah ke standard malay | Kalau kain tidak bermutu, apabila dibasuh dengan mesin, berubahlah saiznya. |
Cucu dia dok cendoi kat mana dia pi.
terjemah ke melayu baku | Cucunya selalu mengekorinya ke mana-mana sahaja dia pergi. |
Selagi hang dok buat perangai haperaq tok sah dok harap, nak jadi menantu orang.
terjemah ke standard malay | Selagi engkau berperangai jahat dan tidak senonoh, usahlah diharapkan hendak menjadi menantu orang. |
Bila nampak tuan kebon tu mai kawaq tu pon lari meronot bawah pagaq.
terjemah ke standard malay | Apabila ternampak tuan kebun itu datang, pencuri tersebut terus lari. |
Bendang aku dah dua hari kerin, depa katop bandaq ayaq kat ataeh nu.
terjemah ke melayu baku | Sawah aku sudah dua hari kering kerana mereka menutup saliran air di sebelah atas sana. |
Kerebau tu mencalai pasai anjin ligan dia.
terjemah ke standard malay | Kerbau itu berlari sambil melompat-lompat kerana dikejar anjing. |
Budak tu umok setaon dah cedaeh bejalan.
terjemah ke melayu baku | Meskipun berusia setahun, kanak-kanak itu sudah cekap berjalan. |
Budak tu kena jinjat pasai benda hak dia nak ambek tu tinggi.
terjemah ke melayu baku | Budak itu terpaksa berjinjit kerana benda yang hendak diambilnya tinggi. |
Dia nampak basai saja lepaeh demam.
terjemah ke standard melayu | Dia kelihatan pucat sahaja selepas demam. |
Hampa jangan dok maen kat cenoram, tempat tu bahaya.
terjemah ke standard malay | Kamu jangan bermain di tempat yang curam itu kerana tempat itu berbahaya. |
Senang nak jalan mokalu pakai kasut cucok ubi kreja kat laman rumah, pakai kasot sepatu susah.
terjemah ke standard melayu | Lebih selesa memakai selipar Jepun ketika membuat kerja di halaman rumah, daripada memakai kasut. |
Kalu pakai cekam, tiap-tiap taon kena buat baru, kuku kambin tahan sampai bila-bila.
terjemah ke melayu baku | Kuku kambing yang diperbuat daripada besi lebih tahan lama jika dibandingkan dengan cekam. |
Masa dia dok bejalan, dia tegadaeh kaki pasai dia ralet dok perati kat laen.
terjemah ke melayu baku | Semasa berjalan, dia tersepak kakinya sendiri kerana asyik melihat ke arah lain. |
Dia pi tembi muka budak tu sampai merah.
terjemah ke melayu baku | Dia menyiku muka budak tu sampai merah. |
Buaeh sunggoh budak tu, kira dok kerabat pokok saja.
terjemah ke standard malay | Budak itu nakal sungguh, ia selalu memanjat pokok. |
Kita kena rap bendang kita ari Rabu depan, pasai depa nak tanam sekali pakai mesen.
terjemah ke melayu baku | Kita mesti menyiapkan bendang kita pada hari Rabu depan, kerana kerja-kerja penanaman padi akan dijalankan serentak dengan mesin. |
Pasokan Rumah Kunin tak kuat pasai tu depa dapat nombot kemereh.
terjemah ke standard malay | Pasukan Rumah Kuning tidak kuat, sebab itulah mereka mendapat tempat terakhir. |
Kalu nak tanak nasik jangan boh ayaq banyak sangat satni kot lembek.
terjemah ke melayu baku | Jikalau hendak menanak nasi janganlah dibubuh air terlalu banyak supaya nasi tidak lembik. |
Yang hang lorat sangat kat aku pasai apa?
terjemah ke melayu baku | Mengapa kamu suka ambil tahu tentang diriku? |
Lepaeh depa dengaq kata mak depa mati, depa langgah pi sampai lupa bawak apa satu.
terjemah ke melayu baku | Selepas mendengar kematian emak mereka, mereka bergegas pergi sehingga terlupa membawa apa-apa pun. |
Depa bekelai bukan ada het pon.
terjemah ke standard melayu | Mereka berkelahi tanpa sebarang sebab. |
Dah lama tangkoi tu terendam, la buleh bidaeh.
terjemah ke standard melayu | Sudah lama tangkul itu terendam, barangkali bolehlah diangkat sekarang. |
Buah moktan tu depa relaeh tinggai dahan dia saja.
terjemah ke standard melayu | Mereka mengambil kesemua buah rambutan di pokok rambutan itu sehingga tinggal dahannya sahaja. |
Adek aku suka sangat tengok muka dia dalam cremin jejet, lepaeh tu dia gelak sorang-sorang.
terjemah ke standard malay | Adikku gemar sekali melihat wajahnya di dalam cermin ajuk, kemudian dia ketawa berseorangan. |
La ni adat berderau koi kurang dah semua kreja pakai upah.
terjemah ke standard melayu | Sekarang, adat berderau semakin kurang kerana semua kerja dibuat dengan cara mengupah. |
Melah tu memang renjong, bila pakai kaen adek dia, kaen jadi capong, pasai adek dia pendek-pendek belaka.
terjemah ke standard malay | Melah sememangnya tinggi, apabila dia memakai kain adiknya, kain tersebut kelihatan senteng kerana adiknya pendek-pendek belaka. |
Masa aku semeleh satni hang tolong cekoq.
terjemah ke standard malay | Semasa aku menyembelih nanti, engkau tolonglah tarik leher supaya kepalanya mendongak ke atas. |
Ustad tu cakap pukai sunggoh, apa hak dia kata semua betoi.
terjemah ke standard melayu | Ucapan ustaz itu sungguh bernas, apa yang diperkatakannya itu semuanya tepat dan betul. |
Batang buloh cina buleh buat inaeh wau merak.
terjemah ke standard melayu | Batang buluh cina boleh dibuat inas dengung wau merak. |
Badan depa adek-beradek kemereh saja macam kambin hak depa bela jugak.
terjemah ke standard malay | Semua badan adik-beradiknya kurus seperti kambing yang dipelihara oleh mereka. |
Tang mana pon depa ni pi, depa dok beremba-remba saja.
terjemah ke standard melayu | Ke mana sahaja pergi, mereka tetap berjalan bersama-sama. |
Barang dalam rumah kat ujong kampong tu habeh kena balaeh pasai tuan dia tak dak.
terjemah ke standard melayu | Barang dalam rumah di hujung kampung itu habis dicuri kerana penghuninya tiada. |
Budak tu tepelahau pasai tak dapat masok pereksa.
terjemah ke standard melayu | Budak itu kecewa kerana tidak dapat menduduki peperiksaan. |
Awai-awai lagi dia dah tecokoh kat majeleh tu.
terjemah ke standard melayu | Awal-awal lagi dia sudah tercegat di majlis itu. |
Depa makan kerang cicah ayaq asam banyak sangat malam tu sampai misin perot.
terjemah ke standard melayu | Mereka makan kerang dengan cicah air asam banyak sangat pada malam itu sehingga perut memulas. |
Subsets and Splits
No community queries yet
The top public SQL queries from the community will appear here once available.