question
stringlengths 36
176
| answer
stringlengths 14
157
|
---|---|
Kereta baru tu nampak merlit bila kena matari.
terjemah ke standard malay | Kereta baru itu kelihatan berkilat apabila terkena matahari. |
Sekeru tu lus dah, pasai trip dia hus langsong.
terjemah ke standard melayu | Skru tu sudah longgar kerana bunganya sudah haus. |
Malam ni kita pi ajok sintaq, dapat seratueih ekoq jadila.
terjemah ke standard malay | Malam ini kita pergi mengajuk sintar, dapat seratus ekor pun jadilah. |
Mokalu nak boh pelapek kat tiang tu kita kena ganteh tiang dengan kayu hak kuat.
terjemah ke standard malay | Kalau hendak memasang pelapik, kita mesti mengungkil tiang dengan menggunakan kayu yang keras. |
Jangan boh lebeh pada tiga gundi ataeh anoq tu, krebau tak larat tarek.
terjemah ke melayu baku | Jangan letakkan lebih daripada tiga guni atas anur itu kerana kerbau tidak berupaya menariknya. |
Lepaeh eksiden dia jalan rengkat.
terjemah ke standard melayu | Selepas mengalami kemalangan jalan raya dia berjalan tempang. |
Kalu nak bagi naek wau tinggi, kena guna empat kampoi benang.
terjemah ke melayu baku | Kalau layang-layang itu hendak diterbangkan tinggi, gunakanlah empat kampoi benang. |
Hang jangan cuba kepah tok Mah bidan tu satni dia latah, mampoeh hang.
terjemah ke standard melayu | Kamu jangan selalu mengusik tok Mah bidan itu kalau dia melatah, nahas engaku. |
Abang dok pebaek tan nak buboh lembu hak baru dia beli.
terjemah ke standard malay | Abang sedang memperbaiki kandang untuk meletakkan lembunya yang baru dibeli. |
Nenek kata ‘cak’ bila nampak adek krenyeh-krenyeh dalam endoi.
terjemah ke melayu baku | Nenek mengagah-agah ‘cak’ apabila nampak adik tersenyum-senyum di dalam buaian. |
Kalu nak kopek nyoq banyak-banyak cop lebeh cepat dari pakai golok.
terjemah ke melayu baku | Kalau hendak mengopek kelapa yang banyak, lebih cepat menggunakan cop daripada golok. |
Burong lang tu dok cenggeh ataeh dahan dok pehati ayam.
terjemah ke standard melayu | Burung helang itu sedang bertenggek atas dahan mengintai ayam. |
Dah merogon, sedak la diri sikit, jangan dok tuang semayang!
terjemah ke melayu baku | Dah tua bangka, sedarlah diri sikit, jangan tinggal sembahyang! |
Depa tak suka kat orang tua tu, pasai dia suka beret tak tentu pasai.
terjemah ke standard melayu | Mereka tidak suka kepada orang tua itu kerana dia suka berleter tanpa sebab. |
Seluaq hak dia pakai tu longgak, jadi bila bejalan gadoh nak meloroeh saja.
terjemah ke melayu baku | Seluar yang dipakainya longgar, jadi bila berjalan asyik nak turun saja ke bawah. |
Buah pelam dah merinin, buleh kaet dah ni.
terjemah ke melayu baku | Buah mempelam sudah masak elok, boleh kait dah. |
Genap-genap kali maen cekop tiang, Dogoi seluloi kalah pasai dia lekeh sikit.
terjemah ke standard malay | Setiap kali bermain cekup tiang, Dogol selalu kalah kerana dia agak lembap. |
Tiap petang orang tua tu congkeh tanah cari cacin nak buat umpan mengae.
terjemah ke standard melayu | Setiap petang orang tua itu mencungkil tanah mencari cacing untuk dibuat umpan memancing. |
Depa behi sunggoh dengan sayoq keladi.
terjemah ke standard malay | Mereka gemar sungguh dengan sayur keladi. |
Kulet tangan dia melecaq kena batu.
terjemah ke melayu baku | Kulti tangannya terkelupas tergesel batu. |
Kalu kita rajen oncat, baru cepat dapat ikan.
terjemah ke standard malay | Jika kita selalu meloncat-loncatkan dan menurunkan umpan di permukaan air, barulah cepat mendapat ikan. |
Kalu tak dak lam, kita tak reti apa hak bomo menuron kata.
terjemah ke standard malay | Kalau tidak ada orang perantaraan, kita tidak akan memahami apa-apa yang dikatakan oleh bomoh yang menurun. |
Kami tak berani pi dekat pak, nampak muka dia don saja.
terjemah ke standard melayu | Kami tidak berani mendekati bapa yang sedang bermuka masam itu. |
Pesyen rambot budak-budak jantan la ni tak dak ekoq pipet, potong lincen.
terjemah ke standard melayu | Fesyen rambut remaja lelaki kini tiada ekor pipit kerana digunting bersih. |
Sapa gamaknya tetak lembu tu sampai dongoi habeh ekoq dia?
terjemah ke standard melayu | Siapa agaknya yang tergamak menetak lembu itu hingga kudung ekornya? |
Hang tokai beniaga kecik-kecik kat pekan nat dulu, tara hang nak bukak kedai besaq.
terjemah ke standard melayu | Eloklah awak mencuba berniaga kecil-kecilan di pasar sehari sebelum berniaga secara besar-besaran. |
Anak Lebai Mat tu tak ketahuan, dia baru balek dari Tanjong Moktan.
terjemah ke standard melayu | Anak Lebai Mat itu agak kurang siuman, maklumlah dia baru balik dari Tanjung Rambutan. |
La ni dia kalah, sat lagi dia otek menang balek.
terjemah ke standard melayu | Sekarang ini dia kalah, sebentar lagi dia akan beransur-ansur menang. |
Hang ni betokoh sunggoh bila hang pakai baju Melayu.
terjemah ke melayu baku | Engkau sungguh bergaya apabila memakai baju Melayu. |
Penari Mak Yong pakai maeh kundai kat dae depa masa depa menari.
terjemah ke standard melayu | Penari-penari Mak Yong memakai maeh kundai di bahagian dahi sewaktu mereka menari. |
Lepaeh keluaq bilek bos, muka dia merah padam pasai dia kena inci dengan bos.
terjemah ke standard malay | Selepas keluar dari bilik itu, mukanya merah padam kerana dimarahi oleh ketua. |
Ari itu depa gelak renggah tengok orang bersilat telondeh seluaq.
terjemah ke standard melayu | Hari itu, mereka ketawa besar kerana melihat pesilat itu tertanggal seluarnya. |
Jalan kat kampong tu cengkerawang sunggoh, pasai tula kreta susah nak lalu.
terjemah ke melayu baku | Jalan di kampung itu tinggi rendah, sebab itulah kereta susah hendak lalu. |
Balek dari pasar tani nampak hang bawa barang beberan-beran
terjemah ke standard malay | Saya nampak awak membawa barang dengan banyaknya sewaktu balik dari pasar tani. |
Dia pedap darah kat lutut anak dia hak luka pasai rebah.
terjemah ke melayu baku | Dia mengelap darah di lutut anaknya yang luka kerana rebah. |
Awat hang tak entang kat pak hang langsong, dia dok tidoq hang buka radio kuat-kuat.
terjemah ke standard malay | Mengapa kamu tidak menghormati bapa kamu langsung, dia sedang tidur, kamu memasang radio begitu kuat. |
Mokalu mau bagi bisoi cepat masak, hang kena bantot dia dengan kapoq campoq misan lebah.
terjemah ke standard melayu | Jika kamu hendakkan bisul cepat masak dan pecah, tempelkannya dengan campuran kapur dan manisan lebah. |
Semua sayoq-sayoq tu dia rembiang nak pi juai kat pasar malam.
terjemah ke standard malay | Sayur-sayur itu dibimbit dengan susah-payah untuk dijual di pasar malam. |
Betina ni, tak buleh nampak jantan dia mula la merela.
terjemah ke melayu baku | Perempuan ini menggatal apabila nampak lelaki. |
Baju anak dara tu hijau merengau.
terjemah ke melayu baku | Baju anak gadis itu sangat hijau warnanya. |
Dia tuju ketoi batu kena dae budak tu sampai bedarah.
terjemah ke standard malay | Dia membaling ketul batu dan terkena dahi budak itu lalu berdarah. |
Dia melahaq betoi, pat kali tambah nasik pon tak cukop lagi.
terjemah ke standard malay | Dia tersangat lapar, menambah empat pinggan nasi masih belum cukup. |
Budak-budak tu kena marah pasai maen cak dalam bilek tidok.
terjemah ke standard melayu | Budak-budak itu dimarahi kerana bermain sembunyi-sembunyi di dalam bilik tidur. |
Pemburu tu lekaq sunggoh, tembak saja mesti kena.
terjemah ke melayu baku | Pemburu itu memang cekap, setiap kali menembak mesti kena sasarannya. |
Bungkai kita lekat batu karang dak?
terjemah ke standard melayu | Bungkal kita terlekat di batu karang atau tidak? |
Mak buboh adan depan pintu tak bagi adek keluaq rumah.
terjemah ke standard melayu | Ibu memasang pengadang di pintu supaya adik tidak dapat keluar rumah |
Mokalu hang anak orang kaya, jangan tunjok juah sangat kat orang.
terjemah ke standard malay | Kalaupun engkau anak orang kaya, janganlah berlagak sangat. |
Bila ketuloi besaq tu kena tangkap, habeh la becempera anak buah dia.
terjemah ke melayu baku | Apabila ketuanya kena tangkap, habislah bertempiaran ahli-ahli kumpulannya. |
Kak dengan adek pompuan aku suka sangat maen lambong tujoh.
terjemah ke melayu baku | Kakak dengan adik perempuan saya begitu gemar bermain seremban. |
Suroh orang hak nak baca Kuran tu dok ataeh cangkat sila.
terjemah ke standard melayu | Suruhlah pembaca Quran itu duduk di atas cangkat sila. |
Tok wan dok pebetoi mata pisau hak melebek kat dapoq.
terjemah ke standard melayu | Datuk sedang membaiki mata pisau yang terkelipat itu di dapur. |
Si Katek tu bejalan teketek-ketek macam itik.
terjemah ke standard malay | Si Katik itu berjalan terkedek-kedek seperti itik. |
Lagu mana pandai pon hang jangan dok betujai dengan orang tua.
terjemah ke standard melayu | Walau bagaimana pintar sekalipun jangan kamu berbalah dengan orang tua. |
Tang mana batu terat bendang hang dengan bendang aku, aku lupa dah.
terjemah ke melayu baku | Di manakah batu sempadan antara bendang awak dengan bendang saya, saya sudah lupa. |
Depa ligan kawaq hak curi kasot tu.
terjemah ke melayu baku | Mereka mengejar pencuri yang mencuri kasut itu. |
“Paling!”, Mat sergah krebau dia suroh pusin belakang, tapi krebau tu buat tak tau saja.
terjemah ke standard malay | “Paling!”, Ahmad menyergah kerbaunya agar berpusing ke belakang, tetapi kerbau itu tidak memperdulikannya. |
Awat hang ni ngong sangat, suroh baca hurop ni pon hang tak tau.
terjemah ke melayu baku | Kenapa engkau ini bodoh benar, suruh baca huruf ini pun engkau tak boleh. |
Budak ni doyok sunggoh, suruh kera satu sampai sepuloh pon dia tak tau.
terjemah ke melayu baku | Budak ini bodoh sungguh, disuruh mengira satu hingga sepuluh pun dia tidak tahu. |
Kalu hang nak makan derian, pila kat duson dia, masa derian tengah jujoh sebulan lagi.
terjemah ke melayu baku | Kalau hendak makan durian, pergilah ke dusunnya semasa buah durian sedang banyak, kira-kira sebulan lagi. |
Bisoi dia dah pecah, bera ada lagi.
terjemah ke standard melayu | Bisulnya sudah pecah tetapi bisanya masih ada. |
Dia dok buat kreja tu dari pagi tumpu petang.
terjemah ke melayu baku | Dia asyik membuat kerja itu dari pagi sehingga petang. |
Terok betoi puak tu maen, kalah sampai lima torok.
terjemah ke standard melayu | Lemah benar pasukan itu bermain sole, kalah hingga lima pusingan. |
Genap-genap petang depa maen sole kat tanah lapang tu.
terjemah ke standard melayu | Setiap petang mereka bermain sole di tanah lapang itu. |
Pak dok utau mak dari seberang jalan ajak balek.
terjemah ke standard melayu | Bapa yang berada di seberang jalan memberi isyarat tangan kepada ibu mengajaknya pulang. |
Dia tu dahoq sunggoh, semua hak orang dia mau.
terjemah ke standard malay | Dia itu tamak sungguh, semua milik orang hendak dibolotnya. |
Nasik goreng tu dah hanget jadi keraeh, bila pepak rasa seregal dalam mulot.
terjemah ke melayu baku | Nasi goreng itu hangit dan menjadi keras. Bila dikunyah terasa berbiji kasar di dalam mulut. |
Telinga aku bedesiu bila dia kata aku curi duet dia.
terjemah ke standard malay | Telinga aku berdesing apabila dikatanya aku mencuri duitnya. |
Mokalu pi rumah dia, dia cukop kalot suroh kita makan nasik jugak.
terjemah ke melayu baku | Jika pergi ke rumahnya, dia sibuk menyuruh kita makan nasi di rumahnya. |
Kude hang tu dok bedene, hang tak buboh ubatka?
terjemah ke standard malay | Kudis kamu sentiasa berair, tidakkah kamu bubuh ubat. |
Lepaeh makan ikan darat dia rasa melugai.
terjemah ke melayu baku | Selepas makan ikan air tawar dia merasa loya. |
Orang dah nak abeh makan saho, Saad dok mamun lagi ataeh kate.
terjemah ke standard melayu | Semua orang sudah selesai bersahur, tetapi si Saad masih mengelamun di atas katil. |
Aku tengok budak tu heliaq hinguih dia pakai lengan baju dia.
terjemah ke standard melayu | Aku lihat budak itu mengesat hingusnya dengan lengan bajunya. |
Petang kemaren hang ase aku, kali ni aku nak balaeh balek.
terjemah ke melayu baku | Petang semalam kamu menampar aku, kali ini aku hendak balas pula. |
Dah besara tu dok la diam-diam, jangan pi dok jadi bala kerosek sana sini.
terjemah ke standard malay | Setelah bersara, duduklah diam-diam, jangan mengganggu orang di sana sini. |
La ni dekat banat pon ada pili dengan karan.
terjemah ke standard melayu | Sekarang di kawasan pedalaman pun terdapat air paip dan elektrik. |
Baru pi Johoq seminggu balek mai Aloq Staq dia cakap pellet dah.
terjemah ke standard malay | Baru seminggu tinggal di Johor, apabila pulang ke Alor Setar dia sudah bercakap pelat. |
Aku rasa lan nak makan kat kedai tepi paret tu.
terjemah ke melayu baku | Aku berasa jijik hendak makan di kedai tepi parit itu. |
Makan sireh dengan pinang ambai-ambai memang sedap.
terjemah ke melayu baku | Makan sirih dengan pinang ambai-ambai ini memang sedap rasanya. |
Lepaeh balek sekolah, budak-budak tu pi paret, depa pakat cerok ikan.
terjemah ke standard malay | Selepas pulang dari sekolah, kanak-kanak itu pergi ke parit untuk menggagau ikan. |
Lembu betina tu baru sangloq, jadi tuan dia tak jadi nak sembeleh.
terjemah ke standard malay | Lembu betina itu baru keguguran, jadi tuannya tidak mahu menyembelihnya. |
Mokalu tak dak kayu api, kelungkoq nyoq pon buleh guna buat masak.
terjemah ke standard malay | Jika tiada kayu api, pangkal pelepah kelapa pun boleh digunakan untuk memasak. |
Petang-petang dia yong semua kambin dia masok kandang.
terjemah ke melayu baku | Setiap petang dia menghalau kambingnya masuk ke dalam kandang. |
Kaen sutera lebeh laik lagi dari kaen cit.
terjemah ke standard malay | Kain sutera lebih halus daripada kain cita. |
Siap laok lekaeh, mentara nak berangkat.
terjemah ke melayu baku | Siapkan lauk dengan segera, tukang angkat hidangan sudah bersedia untuk mengangkat dan menghidangkan makanan. |
Budak tu kena marah pak dia pasai koliaq buku kak dia sampai tak buleh baca.
terjemah ke melayu baku | Budak itu dimarahi ayahnya kerana menconteng buku kakaknya sehingga tidak boleh dibaca lagi. |
Dalam opeh tu surat habaq beselerak bak ataeh lantai.
terjemah ke standard melayu | Dalam pejabat itu surat khabar berselerakan di atas lantai. |
Hang pi taok tang mana benda tu aku cari tak jumpa.
terjemah ke melayu baku | Di mana engkau buang benda itu, aku cari tak jumpa. |
Ada hang nak menang pebaek rumah aku, mokalu tak menang buleh aku cari orang laen.
terjemah ke standard malay | Adakah kamu terlalu sibuk untuk memperbaiki rumah aku, jika terlalu sibuk boleh aku cari orang lain. |
Berai ikan temenung nampak macam jamong.
terjemah ke standard malay | Kilauan ikan kembung nampaknya seperti jamung. |
Malam kemaren bewak gabok masok rumah pengulu, dia kebaeh duet dengan barang kemaeh habeh.
terjemah ke standard melayu | Malam kelmarin pencuri telah masuk ke rumah tok penghulu, habis dicurinya wang dan barang kemas. |
Akaq ubat tu saya dapat kat barin matahari jatoh Gunung Jerai.
terjemah ke standard malay | Akar ubat itu saya peroleh di rusuk Gunung Jerai sebelah matahari jatuh. |
Pi jemoq baju ni kat rau.
terjemah ke standard malay | Pergilah jemur baju ini di ampaian. |
Dia bengkong jugak tebang pokok tu pasai orang laen semua tak sanggop.
terjemah ke standard malay | Dia berupaya juga menebang pokok itu, kerana orang lain tidak sanggup melakukannya. |
Kecaq nasik hangat tu bagi dia sejok sikit, senang nak makan.
terjemah ke standard melayu | Gembur nasi panas tu supaya cepat sejuk dan mudah dimakan. |
Lepaeh krebau tu dengaq Pak Kob sregah cah, cah, dia pon kona kanan.
terjemah ke melayu baku | Apabila kerbau itu mendengar arahan Pak Kob, kerbau itu pun membelok ke kanan. |
Nak bagi sedap masak toyu tu, kuah dia kena capcap saja.
terjemah ke melayu baku | Kalau hendak menambahkan sedap masakan berkicap itu, kuahnya hendaklah cukup-cukup sahaja. |
Darah dia becerau bila tengok ulaq sawa kat pintu rumah dia.
terjemah ke standard melayu | Darahnya tersirap kerana terserempak dengan ular sawa di depan pintu rumahnya. |
Tok sah cari pasai dengan budak gelong tu, dia baru keluaq dari Tanjong Moktan.
terjemah ke melayu baku | Tidak usah mencari pasal dengan budak yang kurang siuman itu, kerana dia baru keluar dari Tanjung Rambutan. |
Mai kita pederas kreja kita ni bagi cepat siap.
terjemah ke standard melayu | Mari kita membuat kerja ini bersungguh supaya cepat selesai. |
Payah nak buang kael mokalu rait dia tesangkot kat insang ikan.
terjemah ke standard melayu | Sukar untuk mengeluarkan mata kail jika cangkuknya terlekat pada insang ikan. |
Subsets and Splits
No community queries yet
The top public SQL queries from the community will appear here once available.