question
stringlengths
36
176
answer
stringlengths
14
157
Awat hang com saja ari ni, hang gadoh dengan bini hang ka? terjemah ke melayu baku
Kenapa kamu masam muka sahaja hari ini, kamu bergaduh dengan isteri kamukah?
Mata aku pedeh pasai kami maen lawan ceruak masa mandi sungai tadi. terjemah ke melayu baku
Mata aku pedih, sebab kami bermain simbah-menyimbah semasa mandi di sungai tadi.
Kucin tu selalu tidoq merekok ataeh kusyen. terjemah ke standard melayu
Kucing itu selalu tidur merengkuk di atas kusyen.
Masok kampong orang jangan buat tak ketahuan, satni kena kayu tiga tengah dua. terjemah ke standard melayu
Masuk ke kampung orang jangan sembarangan, nanti kena pukul.
Bawak lembu tu masok cat, satni dokto hewan nak mai pereksa. terjemah ke standard malay
Bawalah lembu masuk ke pasung, doktor haiwan akan datang memeriksanya sebentar lagi.
Mulot dia bicau dok cerita pasai menantu dia. terjemah ke standard malay
Mulutnya becok menceritakan kisah menantunya.
Kalu kita buleh lengkong bodong temenung tu, penohla bot kita. terjemah ke standard melayu
Kalau kita boleh melengkungi kumpulan ikan kembung itu dan menangkapnya dengan pukat, penuhlah bot kita.
Kereta tu melelong pasai taya dia pecah sebelah. terjemah ke standard melayu
Kereta itu bergerak tidak tentu arah kerana tayarnya pecah sebelah.
Lantai hak dok mengembat tu kena la paku. terjemah ke standard malay
Lantai yang mengembat itu hendaklah dipaku.
Kalu nampak darang kat ataeh, ibu dan bapak ruan ada kat bawah. terjemah ke standard melayu
Kalau kelihatan telur haruan di permukaan air, ibu dan bapanya ada di bawah.
Aku tengok dari tadi lagi hang dok kelitin tang ni saja, tak pi kelaen ka? terjemah ke melayu baku
Sejak dari tadi aku melihat engkau berlegar-legar di sini sahaja, tidakkah pergi ke tempat lain?
Dia belajaq silat tu lama dah, tapi dok takah lama jugak, tak maju-maju lagi. terjemah ke standard malay
Dia mempelajari ilmu persilatan itu sudah pun lama, tetapi masih di tahap lama juga, tidak maju-maju juga.
La ni depa guna tali jepun buat tali renut. terjemah ke standard melayu
Sekarang ini mereka menggunakan tali jepun untuk dijadikan tali renut.
Sepa pangge tak sapa menyut pon. terjemah ke standard melayu
Kami panggil tiada seorang pun yang menyahut.
Esok temukuap anak dia meninggai. terjemah ke melayu baku
Esok genap setahun anak dia meninggal.
Pi gerak tok wan hang tu, dia bokbuat tidoq saja tu. terjemah ke standard melayu
Pergi bangunkan datuk engkau tu, dia berpura-pura tidur saja.
Dalam sari dua ni, aku kelih hang pakai leweh saja. terjemah ke standard malay
Dalam sehari dua ini, aku lihat engkau berpakaian tidak kemas.
Tok Pengulu buat jamu nasik kawah kat anak buah dia. terjemah ke standard melayu
Tuk Penghulu memberi jamuan nasi kawah kepada penduduk di mukimnya.
Mokalu nak suroh bayaq makan, dia kera nak ragaeh aku saja. terjemah ke standard melayu
Apabila hendak membayar makan, dia selalu menyuruh aku membayarnya.
Cuba hang makan kulet limau nipeh, amai selalu, lama-lama bau perat badan hang tu hilang. terjemah ke standard malay
Cuba engkau amalkan memakan kulit limau nipis, lama-kelamaan tentu bau tengik badan engkau itu hilang.
Bila nampak tuan kebon mai, budak-budak hak dok curi buah jambu tu pon lari berjabu. terjemah ke melayu baku
Apabila nampak tuan kebun itu datang, budak-budak yang sedang mencuri buah jambu itu pun cabut lari.
Nak jalan pon susah pasai akaq bakau dok ceragah kat tempat tu. terjemah ke standard melayu
Hendak berjalan pun susah kerana akar bakau berceranggah di tempat itu.
Dia buih bila kena jrekah. terjemah ke standard malay
Dia bingkas bangun dan beredar apabila kena sergah.
Titi tu depa guna batang nyoq sebatang lepaeh tu depa letak remban kat titi tu bagi orang pegang masa depa guna titi tu. terjemah ke melayu baku
Titi yang dibina dengan menggunakan batang pokok kelapa itu dipasang remban sebagai pemegang untuk memudahkan orang menitinya.
Lepaeh dia karau tali wau tu, dia kampul kat pot susu. terjemah ke standard melayu
Selepas ditarik turun tali layang-layang itu, dililitnya pada tin susu kosong.
Mokalu nak buat satu sut baju orang pompuan, dua kabung cukop la. terjemah ke standard melayu
Kalau hendak membuat sepasang pakaian wanita, dua kabung kain cukup.
Jom kita pi tengok wayang. terjemah ke melayu baku
Mari, kita pergi menonton wayang.
Bila dapat peluang baek dia polok sorang saja. terjemah ke melayu baku
Bila mendapat kesempatan yang baik, dia bolot seorang sahaja.
Dia leteh sangat sampai tak larat nak pi tadah kitab kat madrasah. terjemah ke melayu baku
Dia amat letih hingga tidak terdaya pergi belajar agama di madrasah.
Banyak burong dok beceretek ataeh waya talipon. terjemah ke melayu baku
Banyak burung bertenggek berderet di atas wayar telefon.
Tenggala dengan krebau buleh buat satu awat sekali jalan, dengan mata trekta buleh banyak lagi. terjemah ke melayu baku
Membajak dengan kerbau boleh membuat satu awat sekali jalan, tetapi dengan mata traktor boleh menghasilkan banyak jalur.
Bunyi gendang belah cang tu deraeh, bunyi gendang belah bam pelan sikit. terjemah ke standard malay
Bunyi gendang di bahagian cang lebih kuat daripada bahagian bam.
Aku tak buloq bekawan dengan hang. terjemah ke standard melayu
Aku tidak ingin berkawan dengan engkau.
Aku tak bekenan budak-budak cempeluam tu, orang dok semayang, depa dok maen mutu. terjemah ke standard melayu
Aku tidak berkenan dengan budak-budak kurang sopan itu, ketika orang bersembahyang mereka bermotosikal ke sana ke mari.
Kalau jemoq kaen dalam panaeh jaong, lambatla nak kerin. terjemah ke standard malay
Jikalau menjemur kain dalam cuaca redup tentulah payah hendak kering.
Hang tok sah dok tunggula, isok, lusa, tulat, tubin, buyong pon dia tak mai bayaq utang hang. terjemah ke melayu baku
Tidak usahlah ditunggu sehingga empat lima hari, dia tidak akan membayar hutang awak.
Sora Saleh sedap betoi masa bang, bunyi dia betanak. terjemah ke melayu baku
Suara Saleh memang lunak sewaktu azan, bunyinya nyaring.
Lilaeh nasik tu depa makan pasai dah dua ari tak makan. terjemah ke standard melayu
Habis langsung nasi itu dimakan oleh mereka kerana sudah dua hari tidak makan.
Minah ketang kedada bila nak pi mandi kat telaga. terjemah ke standard malay
Minah berkemban apabila pergi mandi di telaga.
Majeleh hak baru nak mola jadi campen pasai pengerusi majlis dok tak dok pengsan. terjemah ke standard melayu
Majlis yang baru hendak bermula menjadi tergendala kerana pengerusi dengan tiba-tiba pengsan.
Seluloi dia mai rumah aku. terjemah ke melayu baku
Dia selalu datang ke rumahku.
Muka dia belengaeh, penoh hinguih. terjemah ke standard melayu
Mukanya berselekeh kerana dipenuhi dengan hingus.
Bila baeh tinggai dia, dia tak tau nak buat apa dah, cuma bediri wahwah saja. terjemah ke melayu baku
Bila dia ditinggalkan oleh bas, dia tidak tahu apa yang harus dibuatnya, cuma terpinga-pinga sahaja.
Kalu tiu seratuih bilah, padi pon seratuih guni. terjemah ke melayu baku
Kalau gundal seratus, padi pun seratus guni.
Kat Kedah, India Muslem depa pangge kelin, kat tempat laen depa pangge mamak. terjemah ke standard malay
Di Kedah India Muslim disebut keling, di tempat lain mereka panggil mamak.
Dengan modai banyak tu hang sokia dak? terjemah ke standard malay
Dengan modal sebanyak itu, mampukah engkau melaksanakannya?
Dia lantak nasik tu habeh seperiok. terjemah ke standard malay
Dia makan nasi itu dengan gelojoh hingga habis seperiuk.
Hang pejera betoi-betoi, dia keluaq saja dari bilek tu, hang cekop. terjemah ke standard melayu
Engkau bersiap sedia betul-betul, sebaik dia keluar dari bilik itu, engkau tangkap.
Penembak tu dok perati gagak hak hinggap kat dahan tu betoi-betoi bagi dia senang perembang dengan senapang dia. terjemah ke melayu baku
Penembak itu sedang memerhati gagak yang hinggap di dahan itu bersungguh-sungguh supaya dapat ditenang dengan senapangnya.
Tok pengulu dok uaq-uaq kat orang kampong suroh berimpon kat Balai Raya esok. terjemah ke melayu baku
Tok penghulu menguar-uarkan orang kampung supaya berkumpul di Balai Raya besok.
Dia tu tengah leteh, bagi dia jerit ayaq sikit. terjemah ke standard melayu
Dia sedang keletihan, berilah dia minum sedikit air.
Ambek kopiah tok wan kita nak pi kedai nak beli beraeh tok hang nak masak. terjemah ke standard melayu
Ambil songkok tokwan, kita hendak pergi ke kedai membeli beras supaya nenekmu dapat memasak nasi.
Utang dia lambat abeh pasai dia dok selop bayaq. terjemah ke standard melayu
Hutangnya lambat dapat diselesaikan kerana dia sering menangguhkan pembayarannya.
Rumah kongsi hak depa buat ataeh tanah lombong tu tengelam pasai tanah tu derut. terjemah ke melayu baku
Rumah kongsi yang dibina di atas bekas tanah lombong itu tenggelam kerana tanahnya mendap.
Lepaeh makan rojak, perot dia merekam saja. terjemah ke standard malay
Selepas makan rojak perutnya sentiasa berasa senak.
Sampai nak tanggong belanja anak bini pon tak keteruih, apa guna jadi laki. terjemah ke melayu baku
Belanja anak isteri sendiri pun tak tertanggung, apa guna jadi suami.
Dulu dia kaki melepak, tapi la ni masok gelong masjed pulak. terjemah ke melayu baku
Dulu dia suka melepak, tapi sekarang ini sudah masuk kumpulan ahli-ahli masjid.
Buku-buku dalam lemari rumah dia abeh kena geret nanai. terjemah ke standard malay
Semua buku dalam almari di rumahnya musnah dimakan anai-anai.
Kalu tak mau lemak-lemak, kita buleh makan dagin buah nyok, dia dagin saja. terjemah ke standard malay
Kalau tidak mahu makan lemak, kita boleh makan daging buah nyiur kerana ia daging pejal.
Ada hang nak menang pebaek rumah aku, mokalu tak menang tangan buleh aku cari orang laen. terjemah ke melayu baku
Adakah kamu terlalu sibuk untuk memperbaiki rumah aku, jika terlalu sibuk boleh aku cari orang lain.
Pak Sidek anak-beranak pakat lanyau telaga depa kat belakang rumah. terjemah ke standard malay
Pak Sidek sekeluarga sedang mencuci telaga di belakang rumah.
Pak Mat tukang, sapu perahu payang dengan minyak cenuk bagi tahan lama. terjemah ke standard malay
Pak Mat Tukang, menyapu perahu payangnya dengan minyak cenuk supaya tahan lama.
Bila angkat bubu satni kita belah dain semua ikan kita siap-siap. terjemah ke standard melayu
Apabila ikan diangkat dari bubu, kita belah belakang kesemuanya dengan segera.
Orang kampong dok belat jalan tu tak bagi lori masok. terjemah ke melayu baku
Orang kampung menyekat jalan itu supaya lori tidak dapat masuk.
Budak-budak tu dok rongkah radio pak depa sampai rosak. terjemah ke standard malay
Budak-budak itu mencerai-ceraikan komponen radio ayahnya sehingga rosak.
Hampa kena lendet bila lalu depan orang tua. terjemah ke standard malay
Kamu kena tertib apabila berjalan di hadapan orang tua.
Sampai kat ujong jalan tu hang benoh kiri. terjemah ke standard melayu
Apabila sampai di hujung jalan itu, kamu belok ke kiri.
Sanggoi besak potet tapi buboh bunga-canga penoh kepala. terjemah ke melayu baku
Sanggulnya kecil sahaja, tetapi kepala dipenuhi pelbagai bunga.
Ali memang melahaq, mokalu dia nak, hak orang tak bagi pon dia ambek jugak. terjemah ke standard malay
Ali memang suka akan barang kepunyaan orang, jika sudah berkenan, walau tidak diberi diambilnya juga.
Budak-budak kat tadika tu mone-mone belaka. terjemah ke melayu baku
Budak-budak di tadika itu comel-comel belaka.
Hang tok sah dok ambek ati apa hak budak tu kata kat hang, pasai dia tu cerodong lagi. terjemah ke standard melayu
Tidak usahlah awak berasa tersinggung dengan kata-katanya, kerana budak itu masih mentah lagi.
Anak hang ni belemoeh sunggoh, bagila dia mandi. terjemah ke standard melayu
Anak engkau ini sungguh kotor, mandikanlah dia.
Dah tua merogan, sedaq la diri siket, jangan dok tuang semayang! terjemah ke standard malay
Dah tua bangka, sedarlah diri sikit, jangan tinggal sembahyang!
Hang tak buleh ambek semua, hang kena ambek secotet saja barula orang tak marah. terjemah ke melayu baku
Kamu tidak boleh mengambil kesemuanya, ambil sedikit sahaja barulah kamu tidak dimarahi orang.
Depa tumbok empin pakai alu hak mampai. terjemah ke standard malay
Mereka menumbuk emping dengan menggunakan alu yang dempak.
Depa tu kat kampong sendiri bukan maen belagak, masok kampong orang meloko saja. terjemah ke standard malay
Mereka itu hanya berlagak berani di kampung sendiri, tetapi apabila berada di kampung orang, diam pula.
Kak Timah dok solo mana hak patot dia nak buat menantu. terjemah ke standard malay
Kak Timah sedang merisik mencari bakal menantunya.
Anak dara tu memang tak malu, dia cedaeh tak kera depan orang tua. terjemah ke standard melayu
Gadis yang tidak pemalu itu begitu keletah walaupun di hadapan orang tua.
Aku tau mata hang tak kelabu lagi, tentu begari dia dok mai tu. terjemah ke standard melayu
Aku tahu mata engkau masih terang, tentu kamu nampak dia sedang berjalan ke mari.
Bila dengaq besok hari raya, budak-budak tu teruih taboh gendang raya kat masjed. terjemah ke standard malay
Apabila mendapat tahu bahawa besok hari raya, budak-budak tersebut terus memukul beduk di masjid.
Dia rojoh buah pelam tu pasai pokok dia tinggi. terjemah ke melayu baku
Dia jolok buah mangga itu kerana pokoknya tinggi.
Campoq minyak ataq dengan ayaq panaeh, buboh dalam ambaq- ambaq, habuan nak rinjeh-rinjeh satni. terjemah ke standard melayu
Campurkan minyak atar dengan air panas dan bubuh ke dalam ambar-ambar untuk direnjis-renjis nanti.
Ada orang beranak ataeh rumah tu kot sebab bau boroeh sampai tang ni. terjemah ke standard melayu
Agaknya ada orang bersalin di dalam rumah itu kerana bau boros sampai ke sini.
Ari ni dia ong pasai tu la dia senyum saja. terjemah ke melayu baku
Hari ini dia bernasib baik, sebab itulah dia senyum sahaja.
Awat hang ni laeh sangat, saket ka, pi la jumpa dokto. terjemah ke standard malay
Kenapa engkau lemah sangat, jika sakit, pergilah berjumpa doktor.
Mak relaeh ayaq kopi hak tumpah ataeh meja pakai tola. terjemah ke standard melayu
Ibu mengelap air kopi yang tumpah di meja dengan tuala.
Nasik goreng tu dah hanget jadi keraeh, bila pepak rasa seregai dalam mulot. terjemah ke standard malay
Nasi goreng itu hangit dan menjadi keras. Bila dikunyah terasa berbiji kasar di dalam mulut.
Genap-genap kali dia pi pekan, dia rempung macam-macam barang. terjemah ke standard malay
Setiap kali ke pekan, bila pulang dia merangkul banyak barang.
Hang jangan dok pecaya kat dia, dia tu ota manjang. terjemah ke standard malay
Engkau jangan percaya dengan dia, dia tu selalu bercakap bohong.
Besok depa nak ambek baju, malam ni dia kampoi jaet sampai siap. terjemah ke melayu baku
Besok mereka hendak mengambil baju, oleh itu malam ini dia menjahitnya bersungguh-sungguh sehingga siap.
Pukat laut dalam besanya antara tengah dua banaeh dengan tiga banaeh. terjemah ke standard melayu
Biasanya panjang pukat laut dalam, antara satu setengah banaeh hingga tiga banaeh.
Anak tu melilau rata cari pak dia. terjemah ke standard melayu
Anak itu merayau merata-rata mencari ayahnya.
Jangan cerita kat dia, dia mulot hebiaq, satni sekampong orang tau. terjemah ke melayu baku
Jangan ceritakan hal itu kepadanya, kelak semua orang kampung tahu, kerana mulutnya celupar.
Ralet sunggoh depa beborak kat bataeh tu. terjemah ke standard malay
Asyik sungguh mereka bersembang di batas padi itu.
Pasai buat kreja serah kat dia, dia tu rap. terjemah ke standard malay
Pasal melakukan sesuatu kerja serahkan kepadanya, dia itu cekap orangnya.
Masa tok hang beranak kat pak hang, Jepun baru masok. terjemah ke melayu baku
Pada masa nenek kamu melahirkan ayah kamu, Jepun mula bertapak.
Budak tu teriak, nak nen la tu. terjemah ke standard melayu
Budak itu menangis hendakkan susu agaknya.
Bau acaq tepi rumah tu busuk. terjemah ke melayu baku
Bau limbahan di tepi rumah itu busuk.
Dia sambong tali anak lembu tu nak bagi panjang pakai ikat buku bemban. terjemah ke standard melayu
Dia menyambung tali anak lembu tu supaya panjang dengan menggunakan ikatan buku bemban.
Depa letak kedap padi hak baru kerat tu kat ataeh bataeh. terjemah ke melayu baku
Longgokkan padi yang baru dikerat itu diletakkan oleh mereka di atas permatang.