question
stringlengths
36
176
answer
stringlengths
14
157
Buat apa hampa biaq benang tu jadi lagu ni, kerosot habeh. terjemah ke melayu baku
Mengapa engkau biarkan benang ini sampai jadi begini, kesemuanya kusut.
Aku dok tenang-tenang tengok, nampak tak buleh jadi. terjemah ke melayu baku
Aku fikir-fikir, nampaknya tidak boleh jadi.
Aku segok nak pi rumah dia pasai dia tu orang kaya. terjemah ke standard melayu
Aku segan nak pergi ke rumahnya kerana dia orangnya kaya.
Baju dia habeh lejam pasai dia dok pi maen kat bendang. terjemah ke standard malay
Seluruh bajunya kotor kerana dia pergi bermain di sawah itu.
Dia tekodok pasai orang hak dia dok kata tu ada kat belakang dia. terjemah ke melayu baku
Dia terasa malu kerana tidak menduga orang yang dicercanya itu berada di belakangnya.
Tikaq sila tu haluih anyaman dia. terjemah ke melayu baku
Tikar sila itu sungguh halus anyamannya.
Setiap pagi selepas menyorok dia mesti pekena sedapoq paep. terjemah ke standard malay
Setiap pagi selepas sarapan, dia mesti menghisap sedapok paip.
Kalu nak bagi makan kat monyet tu, jangan guna tangan, kot dia ngap tangan kita. terjemah ke standard melayu
Jika hendak menyuap makanan pada monyet tu, jangan menggunakan tangan, nanti ditokaknya tangan kita.
Jangan bagi budak-budak tu maen kuat sangat, nanti dia mamun masa dia tidoq. terjemah ke melayu baku
Jangan biarkan budak-budak itu bermain terlalu lama, nanti mereka mengigau dalam tidur.
Budak bangsat tu nak tunjok samseng, pediah bagi! terjemah ke standard melayu
Budak bangsat yang berlagak samseng itu patut dibelasah.
Anak hang ni dah besaq pon cakap pelet lagi. terjemah ke melayu baku
Anak kamu ini sudah besar pun masih bercakap tak terus lagi.
Anak Maznah tengah dok kuang-kuit-kuang-kuit dalam ndoi. terjemah ke melayu baku
Anak Maznah kelihatan sedang bergerak-gerak di dalam huaian.
Dok gelot buat apa sangat, kreja tu koi-koi habeh la. terjemah ke melayu baku
Buat apa terburu-buru, beransur-ansur pun selesai juga kerja tu.
Buah derian tu bekah dah senang la kita belah. terjemah ke standard malay
Buah durian itu telah merekah, mudahlah dibelah.
Zaman dulu, budak-budak hak mengaji pondok, tak buleh taroh rambot boyan, depa kena cukoq. terjemah ke melayu baku
Zaman dahulu para pelajar yang menuntut di pondok tidak dibenarkan menyimpan rambut, mereka dimestikan mencukurnya.
Kretaeh begunting daon budi tutop kayu alang ataeh bumbong pelamin tu. terjemah ke melayu baku
Kertas bergunting daun budi menutup kayu alang di atas bumbung pelamin itu.
Budak-budak Taon Satu sekolah ni nampak segagan saja. terjemah ke melayu baku
Budak-budak Tahun Satu sekolah ini kelihatan sebaya saja.
Depa tu meluat kat dia, dia dok hemoi ulang pi jugak. terjemah ke standard melayu
Mereka semua membencinya tetapi dia tidak malu terus mengunjungi mereka.
Karong hak bawah rumah tu hang bokpi mana? terjemah ke standard melayu
Karung yang di bawah rumah itu ke mana engkau bawa pergi?
Dia dok merenyeh kat budak betina tu, tapi budak betina tu buat dak saja. terjemah ke standard melayu
Dia cuba mengorat budak perempuan itu, tapi budak perempuan itu tidak pedulikannya.
Tang malam dah hang dok kelebek beg tangan tu, takkan tak jumpa lagi paspot mak hang. terjemah ke melayu baku
Sudah lama kamu mencari-cari dalam beg tangan itu, takkanlah tidak ditemui lagi kad pengenalan emak kamu.
La ni payah nak cari duet not Jepun gambaq pokok pisang. terjemah ke standard malay
Sekarang ini susah untuk mendapatkan wang kertas zaman Jepun yang mempunyai gambar pokok pisang.
Dia dok idap tengok tb, sampai lupa nak baca buku. terjemah ke melayu baku
Dia leka menonton tv, sehingga lupa hendak membaca buku.
Tukang kayu tu dok komoi sagi meja hak tajam tu. terjemah ke standard malay
Tukang kayu itu sedang melicinkan bahagian tepi meja yang tajam itu.
Dia asah pensel dengan gremit. terjemah ke standard malay
Dia menajamkan pensel dengan menggunakan pengasah pensel.
Dia tu belencaeh sunggoh buat kreja, pasai tula pak dia saying kat dia. terjemah ke standard melayu
Dia sungguh rajin membuat kerja, sebab itulah dia disayangi oleh ayahnya.
Jangan banyak cikadak, lekaeh la mai. terjemah ke standard malay
Jangan banyak akal, segeralah datang.
Umpuk kreja hak hang kena belah sana. terjemah ke standard malay
Bahagian kerja yang engkau kena buat, di sebelah sana.
Semua kreja dia sorang nak buat, celup-celap sana, celup-celap sini, lagu mana nak semprena? terjemah ke melayu baku
Semua kerja hendak dibuatnya sendiri, sedikit sana, sedikit sini, bagaimana hendak sempurna?
Budak ni tak buleh tengok mak pak dia dok sembang, dia dok nak bang saja. terjemah ke standard melayu
Setiap kali emak dan ayahnya bercakap dia memasang telinga.
Awat bunyi merudum kat luaq tu? terjemah ke standard malay
Apakah yang berbunyi kuat di luar tu?
Utang dia lambat abeh pasai dia dok selap bayaq. terjemah ke melayu baku
Hutangnya lambat dapat diselesaikan kerana dia sering menangguhkan pembayarannya.
Bagi deraeh sikit sora hang tu. terjemah ke melayu baku
Kuatkan sedikit suara awak itu.
Salah satu kreja PERKIM kena bantu makloh. terjemah ke standard malay
Salah satu daripada tugas PERKIM ialah membantu saudara-saudara baru.
Busok sunggoh telinga buntin hang ni. terjemah ke standard melayu
Sungguh busuk telinga engkau yang bernanah itu.
Penembak tu dok perembang senapang dia kat gagak ataeh dahan tu. terjemah ke melayu baku
Penembak itu sedang menenang senapangnya ke arah burung gagak yang hinggap di dahan itu.
Lama dah dia dok tan nak beli Proton Saga, tapi duet dia tak cukop lagi. terjemah ke standard malay
Sudah lama dia bercita-cita hendak membeli kereta Proton Saga tetapi wangnya belum cukup lagi.
Orang mai bejeram kat padang pasai ada pesta. terjemah ke melayu baku
Orang datang berduyun-duyun ke padang kerana ada pesta.
La ni ada orang hak mai salam dengan kita, depa kerumit tapak tangan. terjemah ke standard melayu
Sekarang ini ada orang yang datang bersalaman dengan cara mengerumut tapak tangan.
Tukang jam tu buat kreja pedo sunggoh. terjemah ke standard melayu
Tukang jam itu membuat kerja berhati-hati benar.
Budak tu lumoq bedak sejuk sampai muka dia beselepong. terjemah ke standard malay
Budak itu melumurkan bedak sejuk pada mukanya sampai berselepat.
Apa depa buat dok kelewaq tang tu? terjemah ke standard malay
Mengapa mereka merayau-rayau di tempat itu.
Masa mak dia dok beletiaq, mata dia dok kelippok-kelippok saja. terjemah ke melayu baku
Pada masa ibunya berleter, dia hanya mendiamkan diri sambil matanya terkebil-kebil berulang kali.
Budak dadah tu rembat semua baju hak depa jemoq tu. terjemah ke standard melayu
Budak penagih dadah itu mengebas kesemua pakaian di ampaian itu.
Perangai budak tu macam jebon, selipa cucoq ubi pon dia kebaeh. terjemah ke standard malay
Perangai budak itu macam jebon, selipar jepun pun dicurinya.
Semua hak dia buat tak sempona pasai dia tu rojoh. terjemah ke standard malay
Semua yang dikerjakannya tidak sempurna kerana dia membuat kerja itu dengan semberono.
Bila dia kata ‘wan’ Cina lanca tu pon belok masuk rumah dia. terjemah ke melayu baku
Apabila disebutnya ‘wan’, penarik lanca itupun membelok masuk ke rumahnya.
Dia tu tak dak kreja laen dok pelece kat orang. terjemah ke standard malay
Dia tiada kerja lain melainkan mengata orang lain sahaja.
Pensel hang tu komoi pasai tak asah. terjemah ke standard melayu
Pensel kamu itu tumpul kerana lama tidak diasah.
Dia tu tak buleh tengok pompuan dahi licin, dia asyik dok mengeben. terjemah ke standard melayu
Dia itu pantang melihat perempuan berdahi licin, terus menguratnya.
Baru kena sekoleh, jalan pon celepete. terjemah ke standard melayu
Baru minum sekoleh tuak, jalannya pun terhuyung-hayang.
Ataeh bohoq tu bulehla pacak tiang rumah, tempat laen semua keleboq. terjemah ke melayu baku
Di atas tanah bohor itu bolehlah didirikan tiang rumah, tempat lain semuanya berlumpur.
Dia balin adek dia dengan ketoi tanah koi, naseb baek tak kena. terjemah ke standard malay
Dilempari adiknya dengan seketul tanah keras, nasib baik tidak mengenainya.
Awat hang sigai kepala budak tu sampai bengkak? terjemah ke standard melayu
Mengapa engkau pukul kepala budak itu hingga bengkak?
Tulong peruwap sat terong ni, kita nak buat ulam makan nasik sat lagi. terjemah ke standard malay
Tolong peruwap terung ini untuk kita jadikan ulam masa makan nasi sebentar lagi.
Mak depa dok beletiaq pasai bilek anak dara tu beselerak tarak terjemah ke melayu baku
Mak mereka sedang berleter kerana bilik anak dara tidak kemas.
Tapak tangan depa tu seregal, pasai depa kreja bendang. terjemah ke melayu baku
Telapak tangan mereka kasar, kerana mereka bekerja sebagai pesawah.
Tok sah dok beradon sangatla, pakaila apa hak patot saja. terjemah ke standard malay
Tidak perlu berhemat berlebihan, pakailah apa sahaja yang patut.
Samad mengae ari ni tak buleh banyak ikan, cuma dapat tiga ekoq puyu ruman. terjemah ke standard melayu
Samad memancing hari ini tidak dapat banyak ikan cuma dapat tiga ekor puyu kecil.
Baju dia habeh belejam pasai dia dok pi maen kat bendang. terjemah ke standard malay
Seluruh bajunya kotor kerana dia pergi bermain di sawah itu.
Pasai kapai trebang, hang tok sah cong kat Osman, dia besa kreja Tentera Udara. terjemah ke standard malay
Kamu jangan cuba temberang tentang kapal terbang kepada Osman, sebab dia pernah berkhidmat sebagai anggota Tentera Udara.
Pak Daod tu serempak, kera nak betindak cepat. terjemah ke melayu baku
Pak Daud itu gopoh orangnya, dia bertindak terburu-buru.
Mana pinjul duet hak aku bagi semalam? terjemah ke melayu baku
Mana baki wang yang aku beri semalam?
Lepaeh begotong-royong, depa bekehele dok berehat kat tepi surau tu. terjemah ke melayu baku
Selepas bergotong-royong, mereka keletihan lalu duduk berehat di tepi surau itu.
Dia tengalong anjin tu dengan kayu, kena tepat. terjemah ke standard malay
Dia membaling kayu tepat kena pada anjing itu.
Perangai dia macam tu dah, mokalu bekenan satu-satu barang mesti dia gabuih. terjemah ke melayu baku
Perangainya memang begitu, jika berkenan pada sesuatu barang mesti dicurinya.
Rinun aku dah pi sana dengan pak hang. terjemah ke standard malay
Dahulunya aku telah pergi ke sana bersama-sama ayahmu.
Bila dah abeh selerah kreja hang kat situ, mai la sini tulong sepa pulak. terjemah ke standard malay
Bila sudah selesai kerja engkau di situ, marilah tolong kami pula di sini.
Katoq dalam duson aku penoh dengan ayaq ujan hak turon semalam. terjemah ke standard malay
Lopak dan alur di dusun aku dipenuhi air hujan yang turun semalam.
Nak bagi senang loceh kote, masa nak masok jawi, suroh budak tu berendam dalam ayaq. terjemah ke standard melayu
Untuk memudahkan kemaluan budak itu diloceh sebelum berkhatan, budak itu hendaklah disuruh berendam dalam air dahulu.
Awat hang jalan tepedap-pedap, macam kucin nak tangkap tikuih. terjemah ke melayu baku
Kenapa awak berjalan berhati-hati, seperti kucing hendak menangkap tikus.
Bila balek dari tukaq duet pak dia, dia ayam seringget. terjemah ke standard malay
Apabila pulang dari menukarkan wang bapanya, dia mengambilnya seringgit.
Budak-budak tak buleh hantau kaki depan orang tua. terjemah ke standard melayu
Budak-budak tidak boleh mengunjurkan kaki di depan orang tua.
Dia pulun baca buku nak paih pereksa. terjemah ke standard melayu
Dia bersungguh-sungguh membaca buku kerana hendak lulus periksa.
Kepala dia kecik, kepiah dia besak, bila pakai nampak kolom sunggoh. terjemah ke standard melayu
Apabila kepalanya yang kecil itu dipakaikan songkok besar, kepalanya terperosok ke dalam.
Pak cik tu perot dia boroi, banyak cacin kot dalam perot dia. terjemah ke melayu baku
Perut pak cik itu buncit, mungkin banyak cacing di dalamnya.
Tapak tangan depa tu seregai, pasai depa kreja bendang. terjemah ke standard melayu
Telapak tangan mereka kasar, kerana mereka bekerja sebagai pesawah.
Dua tiga ari ni, muka dia tengok kemasai saja, sakit kot. terjemah ke standard melayu
Dua tiga hari ini, mukanya nampak cengkung sahaja, sakit agaknya.
Demam dia melanuih badan dia hak tegap dulu la ni jadi kuruih. terjemah ke standard malay
Demamnya kronik, sebab itulah tubuhnya yang gemuk itu sekarang ini menjadi kurus.
Tok wan dah tua, mana nak ruat jalan jaoh. terjemah ke standard malay
Datuk sudah tua, masakan mampu berjalan jauh.
Dia pakai pot susu buat kampul tali wau. terjemah ke standard malay
Dia menggunakan tin susu kosong sebagai gelendong tali wau.
Awat hang tojah budak tu, nanti luka hang juga susah. terjemah ke standard malay
Mengapa engkau cucuk budak itu, kalau dia luka engkau juga yang susah.
Aku belom mengaleh bendang lagi, baru dok bongkaq. terjemah ke standard malay
Saya belum mengalih sawah itu lagi, baru membongkar tanah sahaja.
Sepa apa tak mau pi mesyorat tu pasai depa kecoh. terjemah ke melayu baku
Kami semua tidak mahu menghadiri mesyuarat itu kerana mereka menipu.
Perot bingkai nyiru kalu buat gulai lemak buboh belimbin buloh sedap sunggoh. terjemah ke standard melayu
Perut bingaki nyiru dibuat gulai lemak dicampur belimbing buluh, rasanya sungguh sedap.
Sapa kalah, dia kena cong daon trup. terjemah ke standard melayu
Siapa yang kalah dia kena mengocok daun terup.
Dia getu bunga meloq tu dapat segenggam. terjemah ke standard melayu
Dia menggetis bunga melur itu segenggam banyaknya.
Dia peroi dedak nak bagi makan ikan kat kolam tu. terjemah ke melayu baku
Dia menabur dedak sebagai makanan bagi ikan dalam kolam itu.
Nak lintaeh jalan pon tak buleh, kereta bededam. terjemah ke melayu baku
Susah hendak melintas jalan kerana banyak kereta.
Dia marah bila orang pangge dia ponen, tapi kelaku dia memang macam pompuan. terjemah ke standard melayu
Dia marah bila dipanggil pondan, tetapi memang perawakannya seperti perempuan.
Jangan kuat sangat maen dengan adek hang tu, malam sat ni dia piat-piat pulak. terjemah ke melayu baku
Jangan bermain berlebihan dengan adikmu itu, malam nanti dia terigau-igau pula.
Amboi, ayaq danau tu tak bekocak langsong, nin saja. terjemah ke melayu baku
Amboi, air di danau itu sungguh tenang dan jernih sekali.
Pasai dia lapaq, dia bengkong nasik satu periok. terjemah ke melayu baku
Dia makan seperiuk nasi kerana tersangat lapar.
Pasai deraeh sangat, dia bawak kereta telajak. Lepaeh tu dia kena serot balek pasai nak masok rumah dia. terjemah ke standard melayu
Oleh sebab dia memandu terlalu laju, keretanya terlajak dan terpaksa berundur untuk memasuki jalan ke rumahnya.
Awat hang bang pelan sangat, laen kali pederaeh la siket. terjemah ke melayu baku
Kenapa engkau azan terlalu perlahan, lain kali kuatlah sedikit.
Conggoh tempat sangkot cebok tu dah nak reput, elok ganti hak laen. terjemah ke standard malay
Kayu bercangap penyakut gayung itu hampir reput, eloklah diganti dengan yang lain.
Betina tu merenyau sunggoh, tak buleh jumpa jantan, dia nak tegoq. terjemah ke standard melayu
Perempuan itu sungguh galak, pantang melihat lelaki, hendak ditegurnya.
Bakaqla sampah kat muka darang belah sini, sat ni landak merojoi keluaq belah sana. terjemah ke standard melayu
Bakarlah sampah di muka darang sebelah sini kelak landak akan keluar sebelah sana.
Kalu hang mau kreja kat bendang, hang mesti sanggop begelumang keleboq. terjemah ke standard melayu
Kalau kamu hendak bekerja di sawah, kamu mesti sanggup bergelumang dengan lumpur.
Anjin itam tu lari conget ekoq pasai tekejot senapang meletup. terjemah ke melayu baku
Anjing hitam itu lari hingga terangkat ekornya kerana terkejut mendengar letupan senapang.