question
stringlengths
36
176
answer
stringlengths
14
157
Hang jangan maen tang tu pasai banyak redak kat situ. terjemah ke melayu baku
Engkau jangan bermain-main di situ kerana tempat tersebut banyak habuk.
Budak ni dok ngok-nget dari tadi, tak reti kot orang kata tak dak duet? terjemah ke standard malay
Budak ini, mengecek sejak tadi, tak fahamkah kita tak ada duit?
Baju dia habeh berlejam pasai dia dok pi maen kat bendang. terjemah ke standard melayu
Seluruh bajunya kotor kerana dia pergi bermain di sawah itu.
Pasai dia tak pandai mengkalong, abeh luroh buah dengan putek dia sekali. terjemah ke melayu baku
Oleh sebab dia tidak pandai membaling, buah dan butiknya pun turut gugur.
Jangan la dok perasan sangat, hak kaya tu pak hang, bukan hang. terjemah ke melayu baku
Janganlah megah sangat, yang kaya itu ayah kamu, bukan kamu.
Anak hang tu baru darjah not, tentu la tak pandai baca lagi. terjemah ke standard melayu
Anak engkau itu baharu masuk tahun pertama, tentulah belum mahir membaca lagi.
Kak dengan adek pompuan aku suka sangat maen selambot. terjemah ke standard malay
Kakak dengan adik perempuan saya begitu gemar bermain seremban.
Kelolo sunggoh budak tu, depan kita dia buleh kentot. terjemah ke standard melayu
Sungguh kurang sopan budak itu, di hadapan kita pun dia tergamak melepaskan angin.
Aku tak lalu makan gulai sejok-gedi macam ni, pi perangat dulu! terjemah ke melayu baku
Aku tidak berselera makan gulai yang sangat sejuk begini, pergi panaskan dulu.
Rambot Timah panjang, dia buat dendan dua, lepaeh tu buboh bunga kat ujong. terjemah ke melayu baku
Rambut Timah panjang, dijalin menjadi dandan dua, dan dihiasi bunga di hujungnya.
Jangan biaq budak tu keriau sampai selap. terjemah ke standard melayu
Jangan biarkan kanak-kanak itu menangis sehingga hilang.nafas.
Tiap-tiap petang hang suka dok mengambang tang pintu, pi la masok dalam. terjemah ke melayu baku
Tiap-tiap petang awak suka duduk mengambang di pintu, pergilah masuk ke dalam.
Orang bedikiaq kena minum banyak srebat campoq bijik selaseh. terjemah ke melayu baku
Orang yang berdikir perlu banyak meminum air sirap tanpa ais yang dicampur dengan biji selasih.
Kalu hang mau kreja kat bendang, hang mesti sanggop begelumang tamboq. terjemah ke standard melayu
Kalau kamu hendak bekerja di sawah, kamu mesti sanggup bergelumang dengan lumpur.
Dia bangket buih bila kena jrekah. terjemah ke standard melayu
Dia bingkas bangun dan beredar apabila kena sergah.
Kalu tidoq jerap, hingaq pi la macam mana pon dia tak jaga. terjemah ke standard malay
Kalau tidurnya sudah nyenyak, dia tidak mudah terjaga walaupun bising.
Sanan kat badan dia tu terok sunggoh, buboh minyak esen banyak mana pon tak buleh hilang. terjemah ke standard melayu
Bau busuk di badannya sangat kuat, walaupun badannya banyak dibubuh minyak wangi baunya tidak hilang.
Kak dengan adek pompuan aku suka sangat maen batu tujoh. terjemah ke standard melayu
Kakak dengan adik perempuan saya begitu gemar bermain seremban.
Dia dapat ikan banyak pasai pi saok ikan dok menceruih. terjemah ke melayu baku
Dia mendapat banyak ikan dengan cara menyauk kumpulan ikan yang sedang mabuk.
Depa langgah ayaq sirap tu sampai habeh pasai depa dahaga. terjemah ke standard melayu
Mereka minum banyak-banyak air sirap itu sekali gus sehingga habis kerana mereka dahaga.
Baju hak tu sempet dah, hang jangan pakai nanti relah. terjemah ke melayu baku
Baju itu sudah sempit, engkau jangan pakai, nanti terkoyak.
Mak dok perisi buah moktan nak bagi adek makan. terjemah ke standard melayu
Ibu sedang mengasingkan isi buah rambutan daripada bijinya untuk dimakan adik.
Bila tok nek buang gigi palsu dia, pipi dia nampak kelohom. terjemah ke melayu baku
Apabila nenek menanggalkan gigi palsunya, kelihatanlah pipinya kempung ke dalam.
Apa hak dia kata pon tak ketahuan biji buah dia. terjemah ke melayu baku
Perkara yang dibincangkan tidak diketahui oleh orang lain.
Mokalu depan orang, hang janganla dok gelak deraeh sangat, nanti depa kata hang ni betina garet pulak. terjemah ke standard melayu
Jika di depan orang, janganlah ketawa kuat sangat, nanti kamu dikatakan perempuan galak.
Bila dapat bengkak cantek, lehiaq pon nampak gemok. terjemah ke standard malay
Apabila kena beguk, leher pun nampak besar.
Abeh baju dia kena darah pasai idong dia pecah menyarom. terjemah ke melayu baku
Bajunya banyak terkena darah kerana hidungnya mimisan.
Baru kena sebotoi dah ledong. terjemah ke melayu baku
Dia berjalan terhoyong-hayang walaupun baru minum sebotol arak.
Penyanyi tu merak sunggoh, dia ingat dia sorang saja baguih. terjemah ke standard melayu
Penyanyi itu berlagak sombong, dia sangka dia seorang saja yang pandai menyanyi.
Kak dengan adek pompuan aku suka sangat maen lambong kelin. terjemah ke melayu baku
Kakak dengan adik perempuan saya begitu gemar bermain seremban.
Hang dok buat kreja ni tak selet, hang tak penat ka. terjemah ke melayu baku
Tidak penatkah engkau membuat kerja ini terus-menerus tanpa berhenti.
Awat lama sangat anak hang ni baru takteh, baya dia buleh belari dah. terjemah ke standard melayu
Mengapa lama sangat anak engkau ini baru belajar berjalan, sedangkan kanak-kanak yang sebaya dengannya sudah pandai berlari.
Bila dapat makan peri, dia mentekedarah tak renti-henti. terjemah ke standard malay
Apabila berpeluang makan percuma, dia makan dengan pelahap tanpa henti.
Pi jaoh-jaoh, pokok tu dah nak ruat. terjemah ke standard melayu
Pergi jauh-jauh, pokok itu hampir tumbang.
Awat hang biaq betoran pinggan tu, bila hang nak basoh? terjemah ke standard melayu
Kenapa kamu biarkan pinggan itu bersusun, bila kamu hendak membasuhnya?
Cangkoi hang tu nanyam dia hang beli ka hang buat kediri ka. terjemah ke standard melayu
Gadar cangkul engkau itu dibeli atau dibuat sendiri.
Bubon budak kecik tu lembek lagi, nampak dok menguet- nguet. terjemah ke standard malay
Ubun-ubun bayi itu masih lembut lagi dan kelihatan berdenyut-denyut.
Jangan boh banyak sangat gula dalam kopi tu, nanti maneh melecaeh. terjemah ke melayu baku
Jangan bubuh gula berlebihan dalam kopi itu, nanti rasanya terlalu manis.
Setat pagi tadi orang berdudun ataeh jalan pi tengok Pesta Langkawi. terjemah ke melayu baku
Sejak pagi tadi, orang ramai bertali arus di jalan kerana menyaksikan Pesta Langkawi.
Bila dia balek dari luaq negeri, dia beli sreba tok nenek untok anak bini dia. terjemah ke melayu baku
Apabila dia pulang dari luar negeri, dia membeli bermacam-macam barang untuk keluarganya.
Lembek tu melepat, kena kencin anak dia. terjemah ke melayu baku
Tilam itu lembap, kerana dikencing oleh anaknya.
Bui aku sikit pekasam hang tu. terjemah ke standard malay
Berikan aku sedikit pekasam kepunyaan kau itu.
Budak bangsat tu ek sangat, jom kita pakat demah dia sorang sebijik. terjemah ke standard melayu
Budak bangsat itu berlagak sangat, mari kita tumbuknya beramai-ramai.
Mak mentua dia perisi abeh apa hak dia kata, kat bini dia tu. terjemah ke standard melayu
Ibu mentuanya memperjelas semua yang telah dipercakapkan kepada isterinya.
Mai petang adek dok halau ayam masok kepoh. terjemah ke melayu baku
Apabila petang, adik menghalau ayam masuk ke dalam reban.
Kulet belah bam kena ganti, pasai depa pukoi kuat sangat sampai pecah. terjemah ke standard melayu
Kulit di bahagian bam hendaklah digantikan, kerana mereka memukulnya terlalu kuat sehingga pecah.
Bila nampak tuan kebon tu mai, budak-budak hak dok curi buah jambu tu pon lari bejabu. terjemah ke melayu baku
Apabila nampak tuan kebun itu datang, budak-budak yang sedang mencuri buah jambu itu pun cabut lari.
Bila nampak tuan kebon tu mai, budak-budak hak dok curi buah jambu tu pon lari becabu. terjemah ke standard melayu
Apabila nampak tuan kebun itu datang, budak-budak yang sedang mencuri buah jambu itu pun cabut lari.
Budak tu dok kecaq baju emak dia. terjemah ke melayu baku
Budak itu sedang menyelerakkan baju emaknya.
Awat cerin sangat rambot budak tu, tak prenah kena minyak kot? terjemah ke melayu baku
Kenapa kering sangat rambut budak itu, agaknya tidak pernah dibubuh minyak.
Abeh memalek ni buleh la membongkaq pulak dengan sisiaq. terjemah ke melayu baku
Setelah selesai menenggala, bolehlah membongkar, dengan menggunakan sisir.
Kenduri kali ni kenala pangge semua bisan tangan kita. terjemah ke standard malay
Pada kenduri kali ini semua kaum keluarga sebelah besan kita hendaklah dijemput.
Dia polok nasik tu sat saja abeh sepinggan bak. terjemah ke melayu baku
Dia memakan nasi itu begitu pantas sehingga habis sepinggan penuh.
Ikan masok jala banyak sangat sampai pecah buah pinang. terjemah ke standard malay
Ikan yang masuk ke dalam jala terlalu banyak sehingga pecah buah pinang jala itu.
Dengan duet hak dok ada, aku rasa gayat nak buat kenuri pangge orang ramai. terjemah ke standard malay
Dengan wang sebanyak itu, aku berasa bimbang hendak mengadakan kenduri dengan menjemput tetamu yang banyak.
Budak hak pedukang tu kena pukoi terok pasai dia dok ganggu bini orang. terjemah ke melayu baku
Budak yang mata keranjang itu dibelasah dengan teruknya kerana menganggu isteri orang.
Aku perasan dia tu la hak mai taksat. terjemah ke standard malay
Aku agak dialah yang datang tadi.
Pak dia dah tunjok banyak kali tapi dia tak ikot jugak, betoi la dia tu pekak wailon. terjemah ke melayu baku
Bapanya telah mengajarnya berkali-kali namun dia tidak mengerti, memang betullah dia amat bodoh.
Aku nak tidoq tak buleh, tikueh dok belari cepuih-cepuih kat ujong kepala. terjemah ke standard malay
Aku tidak dapat tidur kerana tikus berlari-larian di hujung kepala.
Dahi dia pinjul kena tumbok kawan dia. terjemah ke standard malay
Dahinya benjol kena tumbuk kawannya.
Anak dia tu tera sunggoh, pereksa dapat sembilan A. terjemah ke standard melayu
Anaknya sangat bijak sehingga mendapat sembilan A dalam peperiksaan.
La ni depa tak guna peredeh nak semai padi, depa taboq teruih kat bendang. terjemah ke standard malay
Sekarang mereka tidak menggunakan tapak semaian kerana mereka terus menabur benih padi di sawah.
Mokalu bejalan ataeh lantai licin jangan jelangaq sangat, sat ni jatoh. terjemah ke standard malay
Kalau berjalan di atas lantai yang licin, janganlah gopoh sangat, nanti jatuh.
Kalu nak gotong-royong kita kena sedia banyak cam, nak buat angkot sampah. terjemah ke melayu baku
Untuk bergotong-royong, kita mesti menyediakan pongkes yang banyak untuk mengangkut sampah.
Muka kawaq tu bederemen, tuan rumah tu tumbok. terjemah ke standard malay
Muka pencuri itu kelihatan bengkak dan lebam kerana ditumbuk oleh tuan rumah.
Dia tu pasai pelemah kat orang serah kat dia. terjemah ke melayu baku
Kerja-kerja menipu orang serahkan kepadanya.
Esok temukop anak dia meninggai. terjemah ke standard malay
Esok genap setahun anak dia meninggal.
Selagi hang dok buat perangai hapraq tok sah dok harap, nak jadi menantu orang. terjemah ke melayu baku
Selagi engkau berperangai jahat dan tidak senonoh, usahlah diharapkan hendak menjadi menantu orang.
Budak-budak kecik tak baek maen kat luaq rumah masa merelop. terjemah ke melayu baku
Kana-kanak tidak baik bermain di luar rumah pada waktu senja.
Tulisan kat bentiang tu kecik sunggoh. terjemah ke melayu baku
Tulisan pada papan tanda itu kecil sangat.
Hang jangan dok pi kat seron tu pasai ayam betina dok mengeram tang tu nanti kena hama. terjemah ke melayu baku
Jangan engkau mendekati seron itu kerana ayam betina sedang mengeram di situ nanti terkena hama.
Benda hak Mat Dereh cakap tu tak betadong dengan kampong kita. terjemah ke standard melayu
Perkara yang diceritakan oleh Mat Deris itu tidak ada kena mengena dengan kampung kita.
Kita kena meloh bendang kita dulu baru kita sisiaq. terjemah ke melayu baku
Kita mesti membajak kali pertama dulu sebelum boleh melakukan proses menyisir sawah.
Dogoi memang tera pasai meragau ikan dalam sejam bakoi dia penoh. terjemah ke melayu baku
Dogol pandai meragau ikan, dia dapat sebakul penuh ikan dalam satu jam.
Jalan tu lunyai pasai lori tanah merah dok ulang-alek tang tu. terjemah ke standard melayu
Jalan itu rosak kerana lori tanah merah berulang-alik melaluinya.
Kalu nak tengok angin-angin pusin ligat kenala tunggu masa angin kuat. terjemah ke standard melayu
Kalau hendak melihat baling-baling berpusing laju tunggulah semasa angin bertiup kencang.
Tongkang tu tak dapat belayaq pasai caci dia patah. terjemah ke standard melayu
Tongkang itu tidak dapat belayar kerana tangkai pemegang kemudinya patah.
Aku dah kata jangan cari reba, la ni sapa susah? terjemah ke melayu baku
Aku sudah beritahu jangan mencari bala, sekarang siapa yang susah?
Bangsai kedai kopi tu patot ada conggoh, biaq telindong panaeh. terjemah ke standard melayu
Bangsal kedai kopi itu sepatutnya beratap tambahan di bahagian hadapan, agar terlindung daripada panas.
Budak tu teriaq pasai tak dapat naek papan yongyat. terjemah ke standard melayu
Budak itu menangis kerana tidak dapat menaiki papan jongkang-jongket.
Hang tok sah dok ajak diala, saheh dia tak mau pi pasai hati dia ahia. terjemah ke standard malay
Tak usahlah kamu ajak, dia tetap tidak akan pergi kerana keras hatinya.
Aku baru dok memeloh hang memalek dah. terjemah ke standard melayu
Aku baru menenggala, awak sudah pun membalik, tanah.
Patotla dia tak lintas-lintas jalan tu dia tu derisip. terjemah ke melayu baku
Dia tidak melintas langsung jalan itu kerana buta celik.
Kereta tu tak boleh laju pasal jalan tang tu pesok kat sana sini. terjemah ke standard malay
Kereta itu tidak boleh laju kerana jalan di situ berlopak-lopak di sana sini.
Hang jangan dok jejet Pak Mat sengau tu, sekali dia mengamok, terok hang. terjemah ke standard malay
Jangan kamu asyik mengusik Pak Mat sengau itu, sekali dia mengamuk, teruklah kamu.
Budak ulu tu baru mai Kwala Lumpoq perak bukan maen. terjemah ke standard malay
Budak kampung itu nampak tercengang-cengang sangat kerana baru pertama kali datang ke Kuala Lumpur.
Budak-budak tu bukan reti lagi nak becakap pasai politik, umoq baru belaeh-belaeh taon, dok kanyiaq lagi. terjemah ke standard melayu
Budak-budak itu belum mahir lagi bercakap tentang politik, umur baru belasan tahun, masih belum matang.
Anak dara tu cega dah nak jalan sorang-sorang waktu malam, pasai dia prenah kena ganggu. terjemah ke melayu baku
Anak gadis itu merasa takut berjalan seorang diri pada waktu malam, kerana dia pernah diganggu.
Depa pegu anak dara Tok Imam dengan anak terona Tok Siak, lawan berzanji. terjemah ke standard melayu
Mereka adukan anak gadis Tuan Imam dengan anak teruna Tok Siak bertanding berzanji.
Depa sapu cat kereta bomba tu sampai merah bejahang. terjemah ke standard malay
Mereka mengecat kereta bomba itu sampai terlalu merah.
Esok, pak enjang hang ajak pi kat duson dia, pila ramai-ramai. terjemah ke standard malay
Esok, Pak Anjang engkau menjemput ke dusunnya, pergilah beramai-ramai.
Ujan sereyat dah, mai kita buat kreja semula. terjemah ke melayu baku
Hujan sudah reda, mari kita meneruskan kerja.
Aku dah naek bengang dok kat sini, haram satu pon tak jadi. terjemah ke melayu baku
Aku berasa bosan di sini, apa-apa kerja pun tidak menjadi.
Budak-budak tu hoq-haq sunggoh depan orang tua pon depa melawak bukan maen. terjemah ke standard malay
Budak-budak itu kurang sopan sungguh depan orang tua pun mereka bergurau berlebih-lebihan.
Rokiah ni sama-tua Kasim, yang tu sama tua Minah. terjemah ke melayu baku
Rokiah ini isteri Si Kasim, yang itu pula suami Minah.
Depa dok juai kacang poi kat nat pada ari Rabu. terjemah ke standard malay
Mereka sering menjual kacang poi di pasar harian pada hari Rabu.
Perau hak menang tu cantek sunggoh pasai dia guna tentayu. terjemah ke standard malay
Perahu itu menang pun patut kerana angkuknya yang berbentuk jentayu itu sangat cantik.
Depa pasang bubu dalam celong dapat ikan banyak. terjemah ke standard malay
Mereka mendapat banyak ikan kerana bubu yang dipasang pada anak sungai tersebut banyak dimasuki ikan.
Tok nek kita suka tidoq ataeh bok lembek. terjemah ke melayu baku
Nenek kita suka tidur di tilam lembut.
Tengah kami dok ralet kata kat dia, gam dia mai. terjemah ke standard malay
Sedang kami leka mengata-ngatakan tentang dirinya tiba-tiba dia muncul.