question
stringlengths
36
176
answer
stringlengths
14
157
Anak engkau ni nangis, melanos agaknye. terjemah ke standard malay
Anak engkau ini menangis sahaja, agaknya menangis nak beradik.
Die rigon bile anak lambat balek. terjemah ke standard melayu
Dia risau apabila anaknya lambat balik.
Tengok tu, butang baju die tebekeh. terjemah ke melayu baku
Lihat itu, butang bajunya terbuka.
Kalau kau tak berenti naek basikal ni, seminggu lagi lenjanle die. terjemah ke melayu baku
Kalau engkau tidak berhenti menaiki basikal ini seminggu lagi habislah lusuh.
Lepas orang rumah meninggal, beminggu-minggu die miong. terjemah ke standard malay
Selepas kematian isteri, berminggu-minggu dia bingung seolah-olah mati akal.
Tengok orang besiap, mulelah die ngelese nak ikot. terjemah ke standard melayu
Nampak orang sedang bersiap, mulalah dia berkelakuan manja supaya dapat ikut.
Lembu kalau tak jage, bekelayau. terjemah ke standard melayu
Lembu kalau tidak dijaga akan berkeliaran.
Janganle biyakan periok tu terpongkeng begitu saje. terjemah ke melayu baku
Janganlah dibiarkan periuk itu tertonggeng begitu sahaja.
Tak de mencedalnye si Lan ke rumah Mamat, tak sesai pon masalah. terjemah ke standard melayu
Tidak ada gunanya si Lan pergi ke rumah Mamat, tidak akan dapat menyelesaikan masalah.
Rumah lame tu rohoi makan dik anai-anai. terjemah ke standard malay
Rumah usang itu sudah roboh kerana dimakan anai-anai.
Nak makan sagon, beliang-beliot batang lehe. terjemah ke standard malay
Apabila memakan sagun, hendak tercekek batang leher kerana susah hendak menelan.
Aji gelek antu? Mane ade antu kat banda ni. terjemah ke standard malay
Kamu takut hantu? Mana ada hantu di bandar ni.
Gejotkan sikit kaen kawan ni, kene paku agaknye. terjemah ke standard melayu
Jahitkan sedikit kain saya ni, kena paku agaknya.
Buwah pelam tu masam kedaok. terjemah ke standard melayu
Buah mempelam itu terlalu masam.
Taong betol si Ali tu, penat saje menyurohnye, satu bende tak menjadi. terjemah ke standard malay
Tidak berguna betul si Ali itu, buat penat kita sahaja menyuruhnya, satu benda pun tidak dibuatnya.
Bile kapal kene gelombang, penumpang mule jawat. terjemah ke standard malay
Apabila kapal dipukul gelombang, penumpang mula berasa cemas.
Bile pete, kawan bekilet kat belakang rumah kosong tu. terjemah ke standard melayu
Apabila petir, saya berlindung di belakang rumah kosong itu.
Besa mane bulan baju kau ni? terjemah ke standard melayu
Keratan leher baju engkau besar mana?
Man nak belaya ke juwata ituk. terjemah ke standard malay
Saya hendak pergi ke pulau itu.
Jangan diloceh laok tu, kalau basi karang, orang tu nak makan ape. terjemah ke standard melayu
Jangan kacau-kacau lauk itu, kalau basi nanti, orang itu hendak makan apa.
Seken kat tangan tu ngelenyu aje. terjemah ke melayu baku
Gelang tangan itu berkilau sahaja.
Kudes kalau dah menais, susah nak obat. terjemah ke standard malay
Kudis kalau sudah menenes, susah hendak diubati.
Kalau anak-anak kite ade petemu, bebesanlah kite. terjemah ke melayu baku
Kalau anak-anak kita ada jodoh berbesanlah kita.
Gaji dia kecik anak pon banyak jadi dia kena pekin siket, baru la tak susah. terjemah ke standard melayu
Orang yang bergaji kecil dan mempunyai anak yang banyak hendaklah berjimat supaya tidak susah.
Dalam blop hak aku potong tu, pokok dia getah kurang. terjemah ke melayu baku
Dalam kawasan yang aku toreh, pokok getahnya kurang mengeluarkan susu.
Laksa beraeh hak buat dengan gebok lebeh sedap pada laksa bihun. terjemah ke standard malay
Laksa beras yang dibuat dengan menggunakan gebok lebih sedap rasanya daripada laksa bihun.
Lepaeh dia rembat beg dia, dia pon pi. terjemah ke melayu baku
Selepas dia menggalas begnya, dia pun pergi.
Muka adek dia becalaq kena gerengau kucin. terjemah ke melayu baku
Muka adiknya bercalar kerana dicakar oleh kucing.
Syok jugak kalu ramai-ramai pakat kepong kawaq hak curi teloq ayam tu. terjemah ke standard melayu
Terasa seronok juga kalau beramai-ramai mengepung pencuri yang mencuri telur ayam itu.
Dia demam sesema, pasai tu la dia dok nyeh hingueh sampai merah idong. terjemah ke standard malay
Dia demam selesema, sebab itu dia terpaksa membuang hingusnya berkali-kali sehingga merah hidungnya.
Kalu ujan tak mai dua tiga hari lagi ayaq kat baroh pon kerin. terjemah ke melayu baku
Kalau hujan tidak turun dua tiga hari lagi, air di baruh akan kering.
Bini deraka hak bagi laki dia makan nasik tangas tentu jadi isi neraka. terjemah ke standard melayu
Isteri durhaka yang memberi suaminya makan nasi tangas tentu akan menjadi isi neraka.
Jangan biaq budak tu keriau sampai selop. terjemah ke standard melayu
Jangan biarkan kanak-kanak itu menangis sehingga hilang.
Seng tu dok pebaek capoi tempat tidoq dia hak putuih semalam. terjemah ke standard malay
Singh itu sedang memperbaiki capoi tempat tidurnya yang putus semalam.
Bila dia dengaq kata mak dia mati, ayaq mata dia becerau. terjemah ke melayu baku
Apabila dia mendengar berita kematian ibunya, air matanya bercucuran.
Peminta sedekah tu pakai baju becerabiaq. terjemah ke melayu baku
Pengemis itu memakai baju compang-camping.
Jangan dok layoq kat aku, aku tau sapa hang. terjemah ke standard malay
Janganlah menunjuk-nunjuk kepada saya, saya tahu siapa engkau.
Ewah, nak tunjok eksyen dengan kot cendoi hang tu, aku tau la,kot Mekah hak tok wan hang bagi! terjemah ke melayu baku
Ewah, hendak berlagak dengan kot terpakai konon, aku tahulah, kot itu dibeli oleh datuk engkau di Mekah.
Habeh baloq badan dia kena rotan. terjemah ke standard melayu
Badannya penuh dengan bilur dirotan.
Lembu jantan ada caq kat ataeh tengkok dia. terjemah ke melayu baku
Lembu jantan mempunyai ponok di atas tengkuknya.
Budak tu jemuan sunggoh tak buleh orang lepa sikit duet pecah pon dia kebaeh. terjemah ke melayu baku
Budak itu sangat nakal, pantang orang leka sedikit, duit syiling pun dikebasnya.
Koi lama depa pi, koi jaoh. terjemah ke standard melayu
Semakin lama mereka pergi, semakin jauh.
Kenala bulang dulu pisau hak nak buat lukeh-lukeh ataeh buyong tanah lembek tu. terjemah ke melayu baku
Lilitkanlah dahulu mata pisau yang hendak digunakan untuk melukis-lukis pada buyung tanah yang masih lembut itu.
Tok imam dah bekali-kali bagi nasehat kat budak trejai tu becakap elok siket. terjemah ke standard melayu
Sudah berkali-kali tuan imam menasihati pemuda yang celupar mulutnya itu supaya bercakap lebih sopan.
Hang ni orang Kedah jati ka orang samsam. terjemah ke standard malay
Engkau ini orang Kedah jati atau orang Samsam.
Dia kukut nyoq muda nak buat ayaq isi. terjemah ke standard melayu
Dia mengeruk isi kelapa muda untuk dibuat air isi.
Bila dia betekap buat kreja, dengan sapa pon dia tak becakap dah. terjemah ke standard malay
Apabila dia bertekun membuat sesuatu kerja, dia tidak akan bercakap dengan sesiapa pun.
Bila nak masak dodoi, lebeh baek guna gedohoq. terjemah ke melayu baku
Apabila hendak mengacau dodol, lebih baik menggunakan dapur gedohoq.
Tukang kayu tebok lubang kat papan pakai gremit. terjemah ke standard malay
Tukang kayu itu menebuk lubang di papan dengan dengan menggunakan gerudi
Kawaq tu depa laboh sampai pengsan. terjemah ke standard melayu
Pencuri itu mereka pukul hingga pengsan.
Depa guna pasiaq hak seroi buat campoq simen biaq cantek. terjemah ke standard melayu
Mereka menggunakan pasir yang halus untuk dicampur dengan simen, supaya cantik.
Pokok derian tu terentat pasai tak cukop bagi baja. terjemah ke standard melayu
Pokok durian itu tidak membesar dengan sempurna kerana tidak diberi baja yang cukup.
Tiang dengan bumbong siap dah dindin dia baru dua binti hak siap. terjemah ke melayu baku
Tiang dan bumbung telah siap, dindingnya baru siap dua bahagian.
Koi hang bagi tu besak cet mana nak cukop kami ramai. terjemah ke melayu baku
Kuih yang kamu beri itu kecil sangat, manalah nak cukup, kami ramai.
Bangkai tikuih tu busok mengaum bau dia. terjemah ke standard malay
Bangkai tikus itu berbau sangat busuk.
Kalu nak makan sipot paet kena la pandai serot. terjemah ke melayu baku
Kalau hendak makan siput pahit mestilah tahu cara menyedutnya.
Budak tu dok kelepiaq tangan dia pasai nasik dok ada kat tangan dia. terjemah ke melayu baku
Budak itu mengibas tangan untuk menanggalkan biji nasi yang melekat di jarinya.
Jalan tak pakai mata, apa lagi tepereluih la dia sampai kaki dia tepeleot. terjemah ke standard malay
Kakinya terseliuh kerana terperlus akibat berjalan tidak berhati-hati.
Dia marah sunggoh pasai gelong dia kena pokah, entah sapa buat kianat kat dia. terjemah ke standard malay
Dia amat meradang kerana gelung sawahnya terbongkar entah siapalah yang cuba mengkhianatinya.
Kadang-kadang bila bejalan jaoh, tejadi simpoi bewak kat anak anjin. terjemah ke melayu baku
Kadangkala, apabila berjalan jauh, terjadi simpul biawak di perut betis.
Hak dok menari ghazal pati banyak darai. terjemah ke standard malay
Kebanyakan penari ghazal parti darai.
Dia gabuih habok merah hak lekat kat seluaq dia dengan sapu tangan. terjemah ke melayu baku
Dia menanggalkan habuk merah yang melekat di seluarnya dengan menggunakan satu tangan.
Pekakaeh rumah hak banyak tu semua dia beli bayaq gusti. terjemah ke standard melayu
Semua perkakas rumah yang banyak itu dibelinya dengan bayaran ansuran.
Dia berasa pelau, bila tengok adek-beradek dia dok teruih betengkaq pasai arta pesaka pak dia. terjemah ke melayu baku
Dia merasa hampa apabila didapati adik-beradiknya terus bergaduh pasal harta pusaka ayah mereka.
Budak-budak muzik tu tak sikat rambot depa bagi seregum. terjemah ke melayu baku
Pemain-pemain muzik itu tidak menyisir atau mendandan rambut sebaliknya dibiarkan kelihatan kusut-masai.
La ni orang dok buat lagi kue kerin bentok bunga geti, baulu ikan, loyang dengan peneram. terjemah ke standard malay
Pada masa ini kita masih lagi membuat kuih kering bentuk bunga geti, baulu ikan, loyang dan peneram.
Jangan dok makan buah kelubi muda banyak sangat, satni perot hang mengkam. terjemah ke standard melayu
Jangan makan buah kelubi muda terlalu banyak, kelak perut dapat mengkam.
Pasai apa limau bali hak aku tanam ni meliau jadi masam, pokok asai dia maneh. terjemah ke standard malay
Kenapa limau bali yang aku tanam menjadi masam walhal pokok asalnya manis.
Apa bunyi merapak kat luaq tu, aku nak tidoq pon tak buleh. terjemah ke standard malay
Apa bunyi riuh rendah di luar tu, aku hendak tidur pun tak boleh.
Amboi sombong sunggoh orang kaya baru tu, sampai bretoh bahu pon dia tak tegoq. terjemah ke standard malay
Amboi, sombong benar orang kaya baru itu, bergesel bahu pun tidak ditegurnya.
Pondok hak dia buat kemaren reban dah pasai kena ribot. terjemah ke standard malay
Pondok yang dibina kelmarin telah roboh kerana dipukul ribut.
Awat la mak pak depa dok biaq anak-anak depa dok melewaq tak tentu masa kat kompleks beli-belah tu. terjemah ke melayu baku
Kenapa ibu bapa membiarkan anak-anak mereka berkeliaran tidak tentu masa di kompleks membeli-belah itu.
Cek tak mau pi dengan pak tengok Pesta Langkawi. terjemah ke melayu baku
Saya tidak mahu pergi dengan ayah ke Pesta Langkawi.
Gerek dia gelong, pasai roda dia kiat. terjemah ke melayu baku
Basikalnya bergerak tidak lurus kerana rodanya bengkok.
Kalu takat nak tebaeh kelilin kampong hang tu aku makan cekak la. terjemah ke standard melayu
Jika sekadar hendak menebas di sekeliling kampung engkau tu sangguplah aku.
Macam ni punya upah barula baloi dengan kreja hak aku buat. terjemah ke standard malay
Kalaulah begini upahnya yang aku terima, barulah padan dengan kerja yang telah aku lakukan.
Kalu tanah kerin, kita buleh guna anoq hak ada gerek bagi senang krebau tarek. terjemah ke standard malay
Kalau tanah kering, kita boleh menggunakan anur yang beroda untuk memudahkan kerbau menariknya.
Kucin sondoi tin roti ataeh lemari, jatoh kelepang ataeh lantai. terjemah ke standard melayu
Kucing menyondol tin roti di atas almari lalu jatuh kelepang bunyinya di atas lantai dengan bunyi yang kuat.
Tengah kami dok makan, coeh dia mai. terjemah ke melayu baku
Ketika kami makan, dia muncul dengan tiba-tiba.
Dok elok-elok siket, satni tahan tuaq pulak! terjemah ke standard malay
Duduklah elok-elok sedikit, nanti ternampak kemaluan pula!
Semua orang nampak dia ambek buah tu tapi bila orang tudoh dia, dia buat kerin saja. terjemah ke standard melayu
Semua orang melihat dia yang mengambil buah itu tetapi apabila dituduh, dia berlagak seolah-olah tidak melakukannya.
Dia tu bukan buleh pecaya sangat, tara mak pak dia pun dia sanggop kona, tambahla orang laen. terjemah ke standard melayu
Dia tidak boleh dipercayai sangat, sedangkan ibu bapanya tergamak ditipunya, inikan pula orang lain.
Kaki budak tembon tu reluih pasai lantai hak dia pijak tu reput. terjemah ke standard melayu
Kaki budak yang gemuk itu bolos sebab lantai yang dipijak itu reput.
Depa kena tambah redai tu pasai temakau hak kena jemoq dah betambah. terjemah ke standard melayu
Mereka kena tambah tempat jemuran itu kerana tembakau yang hendak dijemur sudah bertambah.
Kaki dia hak tegeliat tu dah bengkak bom. terjemah ke standard malay
Kakinya yang tersalah urat itu telah bengkak.
Lembu tu tekejot, dia lari cedin ekoq. terjemah ke standard melayu
Lembu yang terkejut itu lari dengan ekornya tegak.
Maen acilut ataeh darat buleh dalam ayaq pon buleh. terjemah ke melayu baku
Bermain acilut boleh di darat atau di air.
Lembu tu tekejot, dia lari ceding ekoq. terjemah ke melayu baku
Lembu yang terkejut itu lari dengan ekornya tegak.
Sapa lagi, mokalu bejalan ngok-ngok tu saheh la Tok Man Kaya! terjemah ke standard melayu
Siapa lagi, jika berjalan sambil kepala tertunduk-tunduk, tentulah Tok Man Kaya.
Padi tengah meringgi selalu kena serang bena perang. terjemah ke melayu baku
Padi yang sedang meringgi selalu kena serang bena perang.
Budak-budak tu suka merudom ataeh rumah, tok wan nak tidoq pon tak buleh. terjemah ke standard melayu
Budak-budak itu suka berlari-lari di atas rumah, sehingga datuk mereka tidak boleh tidur.
Ramai orang mengunjong tengok tok pengulu mati. terjemah ke standard malay
Ramai orang menziarahi kematian tok penghulu.
Budak-budak tak elok dok dekat rokmo takot kena periok panaeh. terjemah ke standard melayu
Kanak-kanak tidak digalakkan berada dekat tempat memasak takut terkena periuk panas.
Dah tebalek kuang pulak, mula dia buat kreja tu, aleh-aleh aku pulak yang kena buat. terjemah ke melayu baku
Sudah lain pula jadinya, asalnya dia yang hendak mengerjakannya, tiba-tiba aku pula yang terpaksa membuatnya.
Anak dia semua jantan, patot la rumah dia selerak bak. terjemah ke melayu baku
Anaknya semua lelaki, patutlah rumahnya tidak kemas.
Kalu pompuan kena palet minyak cenoi dia lari tinggai laki dia. terjemah ke standard melayu
Perempuan yang terkena palitan minyak cenoi, akan lari meninggalkan suaminya.
Habeh lilaeh nasik tu depa makan pasai dah dua ari tak makan. terjemah ke melayu baku
Habis langsung nasi itu dimakan oleh mereka kerana sudah dua hari tidak makan.
La ni orang tak guna saleh pasai nampak koman tapi depa guna jag kaca. terjemah ke melayu baku
Sekarang ini orang tidak lagi menggunakan salih kerana rendah mutunya tetapi menggunakan jag kaca.
Hang tau dak, aku jerembap dengan pak belang masa aku menebaeh kebon pagi tadi. terjemah ke standard melayu
Engkau tahu tidak, aku terserempak dengan harimau sewaktu aku menebas di kebun pagi tadi.
Surat prejanjian dia tu tak sah lagi pasai depa tak pemati stem lagi. terjemah ke standard melayu
Surat perjanjiannya belum dikira sah kerana pihak yang berkenaan belum mematikan setemnya.