question
stringlengths
36
176
answer
stringlengths
14
157
Miseh sekolah dah ade endot. terjemah ke melayu baku
Masih di bangku sekolah dah ada kekasih.
Kalau lemban sangat orang rumah kau, pukol tige pon tak makan lagi. terjemah ke melayu baku
Jikalau isteri kamu terlalu lambat dan lembap, pukul tiga pun kita tidak makan lagi.
Mak sambung cerem yang ade buat kaen kesat kaki. terjemah ke standard malay
Emak mencantumkan perca kain yang kecil-kecil untuk dibuat kain pengesat kaki.
Punye banyaknye nyamok, puas kite ngerosek baru dapat tido. terjemah ke melayu baku
Banyak sangat nyamuk, puas kita bergerak berterusan barulah dapat tidur.
Bebudak tu berondok kulu, berondok kile, entah ape nak dicarik. terjemah ke melayu baku
Budak-budak itu berjalan beramai-ramai ke hulu dan ke hilir, entah apa yang hendak dicari.
Semue idangan kendarat yang bawak. terjemah ke standard malay
Semua hidangan itu diangkat oleh kendarat.
Engka engkeh buwat keje, nak jalan pon tak sempat. terjemah ke melayu baku
Sibuk membuat kerja, hendak berjalan pun tidak sempat.
Langkong atok Amen dekat dengan kebon die. terjemah ke standard melayu
Tempat salai kelapa atok Amin berhampiran dengan kebunnya.
Kene beli beras lagi nampaknye, beras dalam terjemah ke standard malay
Kena beli beras lagi nampaknya, beras dalam itu sudah habis.
Jelat beno budak tu, putek jambu pon lot. terjemah ke standard malay
Lalu benar budak itu, sehingga putik jambu pun lalu dimakannya.
Adek ngembo kaen macam ni, nanti bilek jadi macam tempat kuceng beranak. terjemah ke melayu baku
Adik membuat selerak macam ini, nanti bilik menjadi seperti tempat kucing beranak.
Kudut saje budak tu. Macam tak cukop makan. terjemah ke melayu baku
Budak itu sangat kurus. Macam tidak cukup makan.
Letaklah buah-buah tu kat pinjong sane. terjemah ke standard melayu
Letaklah buah-buah itu di penjuru sana.
Malas bena engkau ni nak mandi, mengotoi muke. terjemah ke standard melayu
Malas betul engkau ini hendak mandi, nampak muka pun comot.
Nak ke mane makwe engkau tu? terjemah ke standard malay
Hendak ke mana emak saudara engkau itu?
Jangan lampan tempat tido tu, lunyai karang. terjemah ke standard malay
Jangan melanyak atas tempat tidur itu, nanti lunyai.
Ape kejadah engkau ni senje-senje miseh melalak kat tengah jalan. terjemah ke standard melayu
Tidaklah patut engkau ini, waktu senja kala masih membuat bising di jalan raya.
Sampai dah bentos baru teringat nak berenti. terjemah ke standard melayu
Sampai dah kenyang makan dan minum baharu teringat hendak berhenti.
Asyem sayot sengete bile keretenye langga anak kuceng. terjemah ke standard melayu
Hashim cemas apabila kereta yang dipandunya terlanggar anak kucing.
Jangan diri kat situ, pokok tu dah bedoyon. terjemah ke standard melayu
Jangan berdiri di situ, pokok itu hampir tumbang.
Kalau dah rencek semue orang menyampah. terjemah ke standard melayu
Kalau sudah mengada-ngada semua orang menyampah.
Beri aku sejembe kue. terjemah ke standard melayu
Beri aku sepotong kuih.
Senyi kawan nengok luke kat kepale die. terjemah ke standard malay
Saya berasa ngeri menengok luka di kepala dia.
Dah lah gemok pakai corak melintang pulak, mane kan serase. terjemah ke standard melayu
Sudahlah gemuk, pakai pula corak melintang, mana nak sesuai.
Kite jangan risau, makanan bejekbah lagi. terjemah ke standard malay
Kita jangan risau, makanan masih berlambak.
Mentang-mentang tak de adek, perangai kau ni keleco-keleco aje. terjemah ke standard malay
Mentang-mentanglah tidak ada adik, perangai engkau ini suka bermanja sahaja.
Kalau ke bando, lejang pos opes tu kalau-kalau ade surat. terjemah ke melayu baku
Kalau pergi ke bandar, singgahlah di pejabat pos itu kalau-kalau ada surat.
Nakal bena kau ni, asyek melincu orang aje. terjemah ke standard melayu
Nakal benar engkau ini, asyik mencucuk mata orang sahaja.
Macam mane tak begah perot, tige pinggan belom berenti. terjemah ke melayu baku
Macam mana perut tidak terlalu kenyang, sudah makan tiga pinggan pun masih belum berhenti.
Kalau dah bejumpe bukan maen gemeh. terjemah ke melayu baku
Kalau sudah berjumpa kelihatan bukan main manis.
Bende tak banyak jilat palet le kite. terjemah ke standard melayu
Makanan itu tidak banyak, sekadar menjamah sahajalah kita.
Hari ni aku lepaskan kau tapi kau kene junam. Laen kali kalau belaku pekare macam ni tak de orang laen, kau yang kene. terjemah ke standard melayu
Hari ini aku lepaskan engkau, tetapi engkau diberikan amaran. Lain kali kalau berlaku perkara yang semacam ini, tiada orang lain engkaulah yang akan dituduh.
Biyasenye ujong taon ujan pejoh. terjemah ke standard malay
Biasanya terdapat musim tengkujuh pada hujung tahun.
Bile ayah memeto kecot perot dibuwatnye. terjemah ke standard malay
Apabila ayah sedang marah-marah takut kita dibuatnya.
Kaki die besempudal dengan lumpo. terjemah ke standard melayu
Kaki dia penuh dengan kekotoran tanah lumpur.
Nya alah lagi, keje yang keji tu. terjemah ke standard melayu
Jangan diulang lagi perbuatan yang keji itu.
Orang laen dok keje, kami sorang dok melahu terjemah ke standard malay
Orang lain asyik bekerja, saya seorang yang duduk tidak membuat apa-apa.
Adek terencet-rencet, suke sangat dapat mainan. terjemah ke standard melayu
Adik terkinji-kinja kerana terlalu gembira setelah mendapat mainan.
Jangan seloloi dalam tengah-tengah majeles. terjemah ke standard melayu
Jangan berperangai tidak senonoh dalam majlis.
Abes moyos budak tu, kene sembo ae. terjemah ke standard melayu
Habis basah kuyup budak itu, disembur air.
Musem ujan-ujan begini, pengo bau taek ayam. terjemah ke standard malay
Pada musim hujan begini, busuk bau tahi ayam.
Kawan arap bile kawan pindah rumah nanti awak bole datang. terjemah ke melayu baku
Saya harap bila saya pindah rumah nanti awak boleh datang.
Lepas ujan, ae perigi tu bondak. terjemah ke melayu baku
Selepas hujan, air perigi itu keruh.
Besele bilek tido dengan baju koto tak bebasoh. terjemah ke standard melayu
Berselerak bilik tidur dengan baju kotor yang tidak berbasoh.
Berikan mak bang sebiji pisang. terjemah ke standard melayu
Berikan mak barang sebiji pisang.
Bunyi ae tejon, menteban. terjemah ke standard malay
Bunyi air terjun kuat, seperti bunyi hujan.
Jangan digenggeng budak tu, nanti die nanges. terjemah ke standard malay
Jangan diangkat budak itu tinggi-tinggi nanti dia menangis.
Tak de keje petang-petang ni, meledang-ledang die. terjemah ke melayu baku
Tak ada buat apa-apa kerja sebelah petang, bersenang-senang sajalah dia.
Tak senonoh budak ni, kaen batek dah becemabai pon pakai. terjemah ke melayu baku
Tidak senonoh perangai budak ini, kain batik yang sudah bercarik-carik pun masih dipakai.
Suke beno kau ni merotes ape yang ade kat dapo. terjemah ke standard malay
Suka dan kerap benar engkau ini memakan makanan sedikit-sedikit, apa yang ada di dapur.
Ajak le pakwe makan. terjemah ke standard melayu
Jemputlah bapa saudara kamu makan.
Budak telinge caplang macam si Budin ni, terang ati. terjemah ke melayu baku
Budak yang bertelinga capang macam si Budin ni, terang hati.
Siket saje salah kite, bejam-jam die merepak. terjemah ke standard melayu
Sedikit sahaja kita buat salah, berjam-jamlah dia berleter dengan suara yang kuat.
Sememangnye die tu macol kenarah, sampai dapo tebaka pon tak seda. terjemah ke standard melayu
Sememangnya dia itu kuat tidur hinggakan dapur rumahnya terbakar pun tidak sedar.
Die menyesap kebon nak nanam sayo. terjemah ke standard malay
Dia membersihkan kebun untuk menanam sayur.
Pendek rambot tu, baru belandan ke? terjemah ke standard melayu
Pendek nampak rambut itu, baru lepas berguntingkah?
Abu kenak tibok semalam, abes lebam badan. terjemah ke standard malay
Abu kena pukul di bahagian badan semalam sehingga lebam-lebam.
Ae longkang kat situ dah melondang. terjemah ke standard malay
Air longkang di situ sudah melimpah merata-rata.
Rumah tu tak de lawang kosong. terjemah ke melayu baku
Rumah itu tidak ada ruang yang kosong.
Kalau abang Jah nak buat kenduri, kite adek-beradek bolehlah berantam. terjemah ke melayu baku
Kalau long Jah hendak mengadakan kenduri, kita adik- beradik bolehlah berantam.
Tengah laman tu keseng tak de selai daon pon. terjemah ke melayu baku
Halaman itu bersih, tidak ada sehelai daun pun yang kelihatan.
Menging denga moto tu tengah malam. terjemah ke standard melayu
Bingit telinga mendengar bunyi motosikal itu di tengah malam.
Lanso kayu tu sebatang, biya kawan sambut terjemah ke standard malay
Gelungsurkan sebatang kayu itu, biar saya sambut di sini.
Tak tahan kawan, lengit na bau badan die. terjemah ke standard malay
Saya tidak tahan kerana bau peluh badannya yang busuk akibat berjemur.
Atok suke simpan duet dalam umpau. terjemah ke standard melayu
Atok gemar menyimpan wang di dalam ponjot.
Datangle ke rumah, buah langsat dah mencelah. terjemah ke standard melayu
Datanglah ke rumah, buah langsat sudah ada yang masak.
Adeknye kememe betol, pantang silap siket pon nak nanges. terjemah ke standard malay
Adiknya kuat menangis, pantang silap sikit pun nak menangis.
Abang suke makan diyan lokoh bandeng dian masak. terjemah ke melayu baku
Abang suka makan durian yang mengkal berbanding dengan durian yang sudah cukup masak.
Bile langet dah sagop alamat ujan nak turon. terjemah ke melayu baku
Apabila langit mendung, alamat hujan hendak turun.
Si Atan tesoleng bile belari atas ceron. terjemah ke standard malay
Si Atan jatuh tergolek apabila ia berlari di atas tanah yang cerun.
Sempat die menangkel, pade hal orang jahat tu numbok die macam kilat. terjemah ke standard melayu
Sempat dia mengelak pukulan itu walaupun orang jahat itu menumbuk dia macam kilat.
Budak tak sekolah ni, banyak lodang. terjemah ke standard melayu
Budak tidak bersekolah ini, banyak masa lapang.
Dah memang peel die suke mengendeng bile orang tengah makan. terjemah ke standard malay
Memang sudah perangainya suka meminta apabila orang sedang makan.
Dah tak ade keje gaknye, asyek menjejeh aje. terjemah ke standard melayu
Sudah tidak ada kerja lain agaknya, suka menyampai-nyampaikan cerita tentang orang lain.
Mujo menang selompat, kalau tak jatoh kawan. terjemah ke standard malay
Mujur terselamat, kalau tidak, tentu saya jatuh.
Dah tiga ari ujan lebat, ae sungai memulan. terjemah ke standard melayu
Sudah tiga hari hujan lebat, air sungai mengalir deras.
Kacang tanah disahang saje sebab masakan tu tak boleh ade minyak terjemah ke standard melayu
Kacang tanah itu digoreng tanpa minyak sahaja kerana masakan itu adalah jenis yang tanpa berminyak.
Limbong betol budak ni, entah nak jadi ape bile dah besa. terjemah ke melayu baku
Malas betul budak ini, entah hendak jadi apa bila sudah besar.
Baju wan kau ni simpanle raye. terjemah ke melayu baku
Baju wan kau ini simpanlah untuk raya.
Keje malas, asyek menene duet orang aje. terjemah ke standard melayu
Buat kerja malas, asyek meminta-minta duit daripada orang lain.
Kek pisang tu bentat, terlebeh tepong. terjemah ke standard malay
Kek pisang itu tidak cukup naik kerana terlebih tepung.
Terenah pokok serai bebunge, kalau dapat boleh buwat obat. terjemah ke standard malay
Jarang terjadi pokok serai yang berbunga, kalau ada boleh buat ubat.
Baju leweh sangat, nampak macam baju pinjam. terjemah ke melayu baku
Bajunya terlalu longgar hingga kelihatan seperti baju yang
Mak Cik tesembat dengo Pak Long kau kene belet ula. terjemah ke standard malay
Mak Cik terperanjat mendengar berita Pak Long kau dibelit ular.
Saket si Ali tu berenyeh, sebab tu lah nampak lesu. terjemah ke standard melayu
Penyakit si Ali itu sedikit tetapi berpanjangan, sebab itulah dia kelihatan lesu.
Kalau keje tak besunggoh tentu hasel keje tu tak siageh. terjemah ke standard melayu
Jika kita membuat sesuatu kerja dengan tidak bersungguh-sungguh, tentulah hasil kerja itu tidak baik.
Keje betajah kat kedai kopi memang tak de paedahnye. terjemah ke standard melayu
Membuang masa duduk di kedai kopi memang tidak ada gunanya.
Tu tak mandile tu, tak basoh kakile tu nak tido, sebab tule huyau. terjemah ke standard malay
Hendak tidur tidak mandi, tidak basuh kaki, sebab itulah mengigau.
Orang jumpa harimau dengkes takkan nak tunggu. Cabut larilah! terjemah ke melayu baku
Sudah terjumpa harimau berkaki pendek sebelah takkan nak tunggu. Cabut larilah!
Tui kau dan lepaskan tangan kau, jangan aleh lagi buah cato tu. terjemah ke melayu baku
Tui engkau dan lepaskan tangan engkau, jangan alih lagi buah catur itu.
Kenakan butang baju tu baek-baek, jangan sampai tebose perot karang. terjemah ke standard melayu
Pakailah butang baju itu baik-baik, jangan sampai terdedah perut.
Padanlah orang nyisehkan die, dah die tak hemah kat kewage. terjemah ke melayu baku
Patutlah dia disisihkan orang, dia tidak mengambil berat pada keluarganya.
Melak-melak Ali datang bawak bembarang mak pesan. terjemah ke standard malay
Moga-moga Ali datang membawa barang-barang yang emak pesan.
Dibiyanye buwah nangke tu tepi dapo sampai abes loho. terjemah ke standard melayu
Dibiarnya buah nangka itu di tepi dapur hingga habis busuk.
Jelinge sangat budak ni, dalam kelas pon gadoh. terjemah ke standard melayu
Degil dan nakal benar budak ini, di dalam kelas pun bergaduh.
Mando jalan tu kemereng bukan maen. terjemah ke melayu baku
Mandor jalan raya itu bukan main garang lagi.
Mengelon kaen tu biar betol-betol, karang beranak. terjemah ke standard melayu
Mengelon kain itu biarlah cermat, nanti beranak pula.
Meluat aku tengok perangai kau menuwah-nuwah amat. terjemah ke melayu baku
Meluat aku melihat perangai engkau ini, manja berlebih-lebihan.
Tak endak kami kue tu dah lembek-loyak. terjemah ke standard melayu
Saya tidak mahu kuih itu, sudah terlalu lembik.
Aji pegi ambek tugong, buat kesat ae tumpah. terjemah ke melayu baku
Kamu pergi ambil kain buruk untuk mengesat air yang tumpah.